SELAMAT DATANG

Thursday, January 28, 2010

( 18PL ) SETAN & THE GENG




Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :


1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.



2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.


3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).


5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.


6. Masuud
Duduk di bibir mu melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).


8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.


9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.




Yang ini pulak tambahan akibat daripada pertambahan manusia ....




10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....
Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

Wednesday, January 27, 2010

SENGAL !!!!!!


aaarrrrrggggghhhhhhhhh .......................


AKU DAH BOSAN TAHAP GABAN


BORING !


TENSION !


BIOL !


BUNTU !


BADIGOL SOOT ! ( hentam je ejaan nye )




apa2 je la yang sewaktu dengannya ....
hentahlah aku pun tak tau nak cakap apa
tapi memang hari yang cukup-cukup membosankan ....

pasal apa !!!

hentah laaaaaaaaaaa
tapi yang paling penting sekali
tau tak

AKU MEMANG TENGAH BOSAN YANG MELAMPAU


Monday, January 25, 2010

( 18SX ) TANPA SEURAT BENANG


Kalau ikutkan hati dan perasaan aku sebenarnya segan nak buat cerita macam ni, tapi faham faham je la kan kalau cerita macam ni memang bak kata orang permintaan yang tinggi dan ianya sungguh " hangat di pasaran "




apa-apa pun korang semua janganlah dok salahkan aku pasal dok buat cerita lucah ni yeee .



















Sunday, January 24, 2010

BERITA TERKINI

KESAN PENGAMBILAN TERLALU BANYAK KAFEIN BOLEH MENJEJASKAN HORMON DALAM BADAN WANITA

Sumber : BHonline


LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka. Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.

Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum. Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka. "Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada," kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan. "Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman.

Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang," katanya. "Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap. "Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka." Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.

Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan. Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. – Agensi


Tuesday, January 19, 2010

KENANGAN DI LANGKAWI ....

AKHIRNYA .. SAMPAI JUGA AKU & SEKELUARGA KE LANGKAWI , MEMANG DAH LAMA KAMI NAK DATANG KAT SINI ..
ASYIK TERTANGGUH DAN MASA CUTI KRISMAS LEPAS BARULAH TERCAPAI CITA-CITA NAK SAMAPI KAT LANGKAWI NI..
JOM .. SAMA2 JOIN SYOKNYA DATANG LANGKAWI NI ..


SELAMAT DATANG KE LANGKAWI

WAJAH-WAJAH CERIA SEMASA DI LANGKAWI

NI MASA SAMPAI KAT JETI LANGKAWI

HA.. YANG BOTOL BESAR NI PULA ANTARA PUSAT MINYAK GAMAT YANG TERDAPAT KAT LANGKAWI .. BAYANGKANLAH KALAU BOTOL BESAR MACAM NI DIJUAL ....


NI PULAK KAT KAKI BUKIT NAK PERGI KE TELAGA 7

TAPI .. HAMPEH .. MASING2 DAH NAIK SEMPUT ..
TINGGI GILER TU TEMPAT NAK PERGI KAT PERIGI 7 TU ...



SEKARANG BERADA DI KOTA MAHSURI .. TEMPAT MAHSURI DI MAKAM KAN

TU DIA ... BELAMBAK BETOI BEG KITAORANG ..
NI BARU DOK SATU HARI .. BAYANGKANLAH KALAU SEMINGGU !!!

NI ADIK2 AKU YANG SIBUK NAK INTERFRAME ...

Wednesday, January 13, 2010

RESTORAN YANG .............

Restoran yang berkonsepkan “tandas” ada kat Taipei, Taiwan. Kalau korang datang kat sini, korang tak akan duduk atas kerusi , tapi duduk atas mangkuk tandas …
ermmmm, makanan kat situ pun macam t**k..
Sanggup ke korang makan makanan yang diolah macam niiiii .....................









Sunday, January 10, 2010

KEMPEN BLOGGER - WE CARE


Photobucket


Salam semua.

Ini adalah suatu entri khas. Entri yang mungkin menyaksikan sejauh mana komitmen blogger semua untuk memperlihatkan kepada semua bahawa blogger adalah orang yang bertanggungjawab terhadap apa yang ditulisnya.

Kita bertanggungjawab terhadap rakan-rakan blogger kita samada dalam keadaan susah dan senang. Kita adalah blogger prihatin terhadap rakan-rakan blogger, terhadap masyarakat dan kepada negara.

Oleh itu, sebagai tanda prihatin, aku meletakkan logo di atas juga sebagai menyokong kempen ni. Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik logo di atas untuk pautan lebih lanjut...

Sunday, January 3, 2010

BANG , AIR TAPIS SATU ! LEBIH ALKALI YERRR


1. Kat Malaysia ni orang sume sibuk pasal tapis air. Sejak dari zaman dahulu kala lagi laa.

2. Kat rumah aku pernah la pakai tapis ni (yang murah jek, tapis jenis benang2 tu). peerghh air paip dia kalau tak berwarna memang tak sahlah ....

3. Itu zaman dahulu punye cerita. Tapi sekarang ni, aku dah banyak kali pindah randah, cerita air tetap sama. Kotor dan dikotorkan.Sungguh kotor air itu.

4. Bila dah kerja, dah ada duit, mula la nak tengok2 penapis air. Antaranya penapis air jenama What The Life dari sarikat UNI, Pi Yong dari sarikat Zoo Lion, jename pe tah dari sarikat Dokte Suka Daa dan Bai Yo Auww Ta dari sarikat Hai Yoo.

5. Selain dari jenama2 tu, ada macam2 lagi konsep penapisan yang dipromosikan. Tapis sehingga 0.9 mikron (kalau tak tau, 0.9 mikron tu saiz zarah yang diameternya 0.0000009 meter atau 0.9 x 10kuasa -6 meter). Pastinya lebih kecik dari taik idung korang.

6. Ada pulak tu siap dok bandingkan tahap alkali dengan air zamzam. Tak tau alkali? Asid tau? Haa, alkali tu lawannye asid. Rasanya payau2 macam air yang payau.

7. Pastu bagi tau kat org ramai yang air ni ada energy la, takde mineral langsung laa. Kalau takde mineral, mane nak dapat khasiat mineral? Dari ayam? Dari sayur? semua tu pun racun, ayam suntik, sayur baja tahi babi.

8. Dengan trend yang semakin menjadi2 sekarang ni, aku rasa la tahun 2020(time tu blog ni dah cecah 3 juta post dan 19 billion follower), jadi orang pi kedai akan oder camni....
" Anney (mamak) ! Bagi teh tarik 0.678 mikron alkali 12 teknologi nono (baru punya teknologi) satu ! "
ataupun
" Abe, kawe nok air sirak bandun infra blue kasi tambah 2 Joule energy. Kaw kaw punye naaa "..