SELAMAT DATANG

Saturday, May 29, 2010

REHATKAN MINDA JAPPPP ...


KISAH DIALOG 2 HANTU


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.
Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

Apsal kau ni asyik menggigil je

Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais .. sejuk!! Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

kesian aku dulu mati sebab heart attack. Kata Hantu A ramah.

Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak pi buat operation? Kalau tak, pasti kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang. Balas Hantu B.

Dah,aku dah buat dah !In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya

jawab Hantu A sayu

Ceritalah sikit..Sambil- sambil lepak nih..

Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So pada satu hari , aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi sebenarnya aku park kereta aku kat simpang hujung rumah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang

So, ko dapatlah tangkap diorang?tanya Hantu B penuh minat.

Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki dekat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack.

And aku tak sangka aku mati la pulak . kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi