SELAMAT DATANG

Sunday, November 29, 2009

BERAKHIRNYA CERITA BERTAJUK " NUR KASIH"

KINI TAMATLAH LA RIWAYAT NUR KASIH
MEMANG MENYAYAT HATI
APA2 PUN LAYAN LA SINOPSIS NUR KASIH KAT BAWAH NIE









Episod 1





Di Mesir, Aidil bersolat menadah tangan untuk berdoa. Di Australia, Adam sedangbelajar dikelilingi kawan-kawan dan tin-tin beer, hilai ketawa. Ustaz Hassan dikejutkan isterinya Hjh Khadijah lalu doktor menerangkan apa yang telah diketahuinya. Hayatnya telah sampai ke penghujung. Penyakit yang dihidapinya tidak dapat diubati lagi. Dia senyum dengan tenang dan menutup matanya lagi. Aidil mengucapkan selamat tinggal kepada kawan sekuliahnya setelah mereka tamat pengajian. Aidil menerima panggilan telefon dari Hjh Khadijah menyampaikan berita tentang ayahnya. Adam pulang ke hostel dan mendengar suara ibunya dari mesin pesanan suara, dia kaku tiada reaksi. Di stesen keretapi Kuala Lumpur Aidil menunggu ketibaan Adam. Tiada bayang-bayang Adam. Aidil kecewa dan menaiki keretapi. Adam tiba dan duduk di sebelah Aidil. Mereka berpelukan, keretapi meluncur laju. Aidil dan Adam tiba di Kuala Kangsar dan pandangan mereka tertumpu pada seorang gadis jelita, Nur Amina

Episod 2




Pandangan Aidil dan Adam membuat Nur berpaling. Aidil mengalihkan pandangan dan mengajak Adam mencari teksi. Nur menghantar temannya, Nabila yang melanjutkan pelajaran ke universiti. Rasa terkilan terpancar diwajahnya. Hati Adam berbisik sangkanya tidak akan pulang lagi. Hjh Khadijah gembira akan kepulangan anak-anaknya.Aidil menapak ke masjid mencari bapanya dan dia melihat Nur berjalan ke masjid.Melihat bapanya, Aidil sebak dan salam tangannya. Selepas solat, Ustaz memberi salam pada imam Abu Bakar sebelum melangkah pulang bersama Aidil. Adam resah, dia mengucup tangan Ustaz, kelu tidak tahu bagaimana memulakan bicara. Hubungannya dan ayahnya sudah lama renggang. Ustaz bersyukur dia sempat melihat anak-anaknyasebelum dia pergi. Ustaz menyoal Aidil siapakah wanita solehah yang menjadi pilihannya? Aidil menjawab Nur Amina pilihannya dia mempunyai ciri isteri mithali.Tanpa diduga, Ustaz melakukan sebaliknya menghantar rombongan meminang NurAmina sebagai isteri kepada Adam

Episod 3




Tindakan Ustaz Hassan mengejutkan semua. Nur belum bersedia untuk menjadi seorangisteri kerana ingin meneruskan pelajarannya. Pak Imam berkata jodoh telah ditentukan.Adam cuba menolak, tapi dihalang ibunya. Aidil tidak mengerti kenapa ayahnya telah membuat keputusan ini. Dengan lembut Ustaz Hassan berkata Aidil anak yang soleh yang dapat memilih calon isteri dengan tepat, yang dapat membimbing keluarga. Adam tidak dapat melakukan semua itu. Dia perlukan seorang isteri mithali, Nur Amina disampingnya. Upacara perkahwinan Adam dan Nur berlangsung, dalam sekelip mata tiga hati berkecai. Aidil yang mengharapkan cinta Nur, Nur yang mahukan meneruskan pelajarannya, dan Adam yang mahu mengahwini teman wanitanya, Katrina. Tapi aday ang gembira. Sarah yang telah lama menaruh hati pada Aidil gembira kerana ikatan kekeluargaan mereka semakin rapat dan seterusnya dapat merapatkan dirinya dengan Aidil. Aidil menjadi saksi pernikahan adiknya, walaupun hatinya sendiri remuk.


Episod 4




Malam pertama Adam dan Nur, Adam berterus-terang ini keputusan ayahnya dan dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Nur. Mereka hanyalah mangsa keadaan dan penceraian akan berlaku pada masa yang sesuai. Nur terkejut, malu, marah dankecewa. Ketika Adam 17 tahun dia kacak dan cerdas. Sewaktu Nur 13 tahun dia menjual kuih kanak-kanak nakal datang mengejeknya dan Adam menyelamatkannya. Aidil tidak dapat tidur terdengar esakan perlahan Nur. Hari esoknya Nur dan Adam berpura seperti segalanya adalah baik-baik belaka. Aidil meminta Adam supaya tidak mensia-siakan Nur.Adam menjelaskan dia telah menerangkan semuanya pada Nur pada masa yang sesuai“lakonan” ini akan dihentikan dan mereka akan menjalani hidup masing-masing. HjhKhadijah dapat merasakan apa yang sedang berlaku dalam rumahnya ada tiga insan yang terluka. Dia berbincang dengan suaminya adakah tepat keputusan yang telah dibuat? Ustaz yakin keputusan ini terbaik untuk semua. Ustaz Hassan akhirnya meninggal dunia.

Episod 5





Setelah pemergian Ustaz, Adam berkeputusan untuk kembali ke Australia tapi hatinya berat. Adam nekad beritahu ibunya dia mahu sambung pengajiannya. Ibunya merelakan pemergiannya bersama Nur. Adam beritahu Aidil keinginannya untuk pergi ke Australia tanpa Nur. Aidil marah akan perbuatan Adam. Nur terdengar perbualan itu. Adam masuk ke bilik, mengingatkan Nur akan janji mereka, Nur berkata dia tidak pernah bersetuju. Adam marah dan tegur mereka seperti langit dan bumi, berbeza dari segala segi. Hati Nur tertusuk akan kata-kata Adam. Paginya, Nur tinggalkan rumah dan ucapkan selamat tinggal pada keluarganya. Dia biarkan mereka berfikir yang dia akan pergi bersama Adam. Dia terima sepucuk surat, pinjaman pendidikannya telah pun diluluskan. Adam mengucapkan selamat tinggal pada ibunya. Bila Ibu menanyakan Nur,Adam mahu berterus-terang, tapi Aidil berjaya berdalih. Dia kunci rahsia mereka dan teruskan hidupnya mengharapkan cinta yang tidak tiba.


Episod 6



Di Australia, Katrina anak kacukan tidak pernah hidup sebagai seorang Muslim. Selepas kematian ibunya pada usia 10 tahun, dia kehilangan satu-satunya kaitan dengan Islam.Dia jatuh cinta pada Adam kerana dia mengisi kekosongan hatinya sejak kehilangan ibunya. Adam mahu tinggalkan semua pengalaman pahit di Malaysia dan mulakan hidup baru. Dia menikahi Katrina dan berteraskan cinta istilah agama tidak pernah muncul dalam kehidupan mereka. Adam hanyut dengan hidup ini, dan lupa dia masih beristerikan Nur. Nur berhijrah ke KL dan berjaya menjejaki temannya. Nur menceritakan segala-galanya dan meminta temannya itu merahsiakan perkara sebenar.Kos pendidikannya tidak cukup untuk sara hidupnya. Nur mengajar mengaji untuk menampung perbelanjaannya. Aidil meneruskan kerjayanya di mahkamah syariah negeri. Ibunya merasakan kemurungannya dan menasihatinya supaya merelakan. Ibu menawarkan untuk mencari jodoh buat Aidil, tapi dia belum bersedia.


Episod 7



Nur tidak pandang lelaki lain kerana dia masih seorang isteri. Dia di cap sombong tapi Nur tidak pedulikan cakapan orang, matlamatnya hanya sebuah ijazah. Adam dan Katrina terus hanyut dalam dunia mereka. Mereka dikenalkan kepada penuntut baru dari Malaysia, Nur namanya. Adam pucat dan Katrina pelik akan reaksi suaminya.Rupanya bukan Nur Amina. Rasa bersalah menyelubungi Adam. Dia melupakannyadengan minum arak. Kuliah Nur hampir selesai, dia akur masa untuk berterus-terangdengan keluarganya. Aidil dijemput memberikan ceramah di UIAM. Dia bertemu dengan Nur yang cuba melarikan diri tapi Aidil berjaya menegurnya. Nur malu dengan apa yangterjadi. Aidil kata dia telah merahsiakan semuanya. Dia harus selindung perasaannya yang sebenar dan berkata dia lakukannya atas rasa tanggungjawab. Sejak pemergian Adam, tiada berita. Dia sendiri hantar e-mail gembira pada ibunya, seolahnya dari Adam dan Nur. Setelah itu Aidil dan Nur berutus surat dan ini eratkan persahabatan mereka.

Episod 8



Adam kini seorang arkitek yang berjaya, tetapi merasakan jiwanya kosong. Dia gembira Katrina mengandung, fikirnya zuriat akan mengisi jiwanya yang tandus. Tetapi mereka terlibat dalam kemalangan yang teruk, kandungan anak Katrina mati dan dia akhirnyatidak dapat mengandung lagi. Adam dihukum penjara 3 bulan kerana memandu dalam keadaan mabuk. Nur berjaya di menara gading, dan Aidil cuba menghubungi Adamu ntuk membebaskan Nur dari ikatan yang tidak bertali ini tapi Adam tidak dapat dihubungi. Tiga bulan di penjara, Adam sedar hidupnya yang jauh terpesong. Sebaik bebas, Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia, Katrina yang kemurungan setelah kehilangan bayinya, bersetuju.

Episod 9


Adam menghantar e-mail pada abangnya yang dia akan pulang, tapi Adil tidak buka pesanan tersebut hingga beberapa hari selepasnya. Sebaik membaca e-mail tersebut,Aidil bergegas ke kampung untuk menghalang Adam dari cerita perkara sebenarnyapada ibu. Aidil berkongsi pada Adam apa yang berlaku sepeninggalannya dan rayu Adam menyimpan rahsia sementara waktu. Adam memperkenalkan isterinya Katrina pada Aidil yang tersentap, tapi masih cuba senyum. Pada hari yang sama, Nur juga pulang kekampong ingin berterus-terang pada bapanya. Nur terperanjat bila diberitahu oleh adiknya Sarah, Adam ada di rumah ibunya sekarang. Nur bergegas kearah rumah Adam dan bingung kenapa dia meneruskan kepura-puraan ini. Adam pinta Nur berikan peluang untuknya menebus kesalahannya dulu.

Episod 10


Aidil memberitahu Adam tidak adil baginya untuk muncul semula dan harapkan untuk kembali dengan Nur, terutama kini dia sudah beristerikan Katrina! Adam mengakui yang dia memerlukan Nur. Hidupnya kini terumbang-ambing. Dia menceritakan pada Aidil kehilangan anaknya. Aidil simpati, berbelah bagi, dia mahu adiknya pulang ke pangkal jalan tetapi dia takut kehilangan Nur sekali lagi. Nur mengadu pada Aidil yang dia keliru,tetapi Aidil nasihati untuk megikut kata hatinya. Sarah melihat perbincangan merekadan rasa cemburu menyelubungi dirinya. Adam bertanyakan Nur kali kedua tapijawapan Nur tetap sama. Tidak. Nur memberitahu Adam mungkin belum masanya untuk jelaskan Ibu perkara sebenar, dan ia tidak bermaksud dia akan menerima Adam. Diasudah ada tawaran pekerjaan di KL dan dia akan teruskan hidupnya seperti selama initanpa Adam. Sementara itu Katrina tertanya-tanya apa yang telah berlaku dan bila dia akan berjumpa dengan keluarga Adam.

Episod 11


Nur bekerja di sebuah firma arkitek. Selang beberapa minggu, dia diberitahu akan mendapat bos baru. Bagai terhenti jantungnya bila mendapati bos tersebut adalah Adam. Nur ingin meletakkan jawatan, tapi Adam menghalangnya. Kalau begitu sekali Nur membencinya hingga tidak sanggup memandangnya, maka dia yang akan pergi. Nur hairan, kenapa Adam lain benar dari dulu. Nur buat keputusan untuk meneruskan kerjanya. Adam semakin tertarik dengan isterinya ini. Sementara itu hubungannya dengan Katrina semakin renggang. Katrina mahukan belaian suaminya, tapi Adam semakin menjauhkan diri. Adam mula mendekatkan diri dengan tikar sembahyang. Katrina bingung. Mana suaminya yang dikahwini dulu? Siapa lelaki Muslim yang mahukan dia bertudung dan bersembahyang ini? Katrina semakin kemurungan. Nur dan Adam tidak dapat mengelakkan diri bila dihantar untuk melihat tapak projek terbaru disebuah kawasan peranginan, dan mereka semakin rapat.

Episod 12


Sebaik Nur dan Adam pulang dari tempat peranginan tadi, Aidil mengunjungi Nur. ingin tahu khabarnya.. Nur berkata dia semakin membiasakan diri dengan kehadiran Adam.Dia mengakui merindui surat-surat Aidil, yang banyak memberinya kekuatan. Sarah datang mencari Nur di tempat kerja, terkejut mendapati Nur dengan Aidil. Perasaan cemburunya membuak. Nur terkejut melihat Sarah. Sarah pinta penjelasan. Sangka Nur,Sarah ketahui tentang dirinya dan Adam. Dia ceritakan segalanya dan pinta Sarah merahsiakannya. Rasa cemburu Sarah mendorongnya untuk memusnahkan ikatan persahabatan antara Nur dan Aidil. Dia menulis surat tak bernama pada Adam yang Nur dan Aidil berhubungan sulit. Adam berdepan dengan Aidil dan Nur. Nur bersumpah tidak pernah menduakan suaminya. Di sudut hati, Aidil menangis mendengar kenyataanNur. Tapi dia mengiyakannya pada Adam, mereka tidak pernah melebihi batasan sebagai saudara. Adam meminta maaf pada Nur dan Aidil.

Episod 13


Adam dan Nur semakin rapat. Adam berkongsi impiannya bersama Nur. Dia mahu mereka membina hidup baru bersama dikelilingi oleh tawa anak-anak . Hati Nur yangdulu terguris, yang dulu menolak cinta, akhirnya mengakui yang dia juga menyimpanperasaan sayang pada lelaki bernama suami itu. Aidil nasihati Adam supaya tidak melukakan lagi hati Nur. Jika dia ingin memiliki Nur semula, buatlah dengan niat yang ikhlas. Nur mendapat tahu yang Adam mempunyai isteri yang lain Katrina. Katrina merayu padanya supaya tidak merampas suaminya. Katrina jelaskan apa yang telah berlaku, dan Adam cuma inginkan zuriat, itu saja. Dia tidak mencintai Nur, sebagaimana dia mencintai Katrina. Nur kecewa lagi dengan Adam. Dia membawa diri, pergi dari KL. Adam memarahi Katrina kerana melukakan hati Nur. Tanya Katrina, haruskah dia berdiam diri sementara suaminya dirampas perempuan lain? Adam berterus-terangyang Nur itu isteri pertamanya. Katrina rasakan dunianya runtuh dan melarikan diri meninggalkan Adam.

Episod 14




Setahun kemudian, Nur bekerja sebagai agen di Mekah menguruskan jemaah Malaysia.Jiwanya tenang dan telah belajar melupakan Adam. Sewaktu dia mengiringi jemaah, dia terdengar suara memberi salam. Kelihatan Adam berdiri di depannya, berihram dan kepala yang bercukur. Nur hampir tidak mengenalinya, dia menyapa dengan baik dan gembira Adam terpanggil untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Adam menjemput Nur ke hotel dia menginap, Nur menolak dengan baik. Hatinya sudah tertutup untuk Adam.Adam pinta Nur datang untuk ibunya yang sudah mengetahui perkara yang sebenar. Ibu teringin sangat untuk berjumpa dengan Nur. Nur serba-salah, terngiang nasihat majikannya, Ummu Majid yang dianggapnya seperti ibu angkatnya bahawa tiada masalah yang akan selesai dengan melarikan diri. Aidil datang berjumpa dengan Nur,sampaikan hajat ibunya untuk bertemu dengan Nur. Nur akur tapi meminta supayaAdam tidak berada di situ. Aidil kata Adam telah benar-benar berubah kali ini.

Episod 15




Nur sebak dan terus bersalam dan memeluk Ibu. Aidil senyum hiba dan Adam memerhati, matanya berkaca. Nur mengalah akan pelawaan Ibu makan malambersama. Nur kata dia harus pergi segera, tapi Adam pintanya jangan lari setiap kaliberjumpanya. Bukan niatnya untuk mengejar jika pintu hati Nur terbuka untuk terimaAdam akan berada di sisi Nur. Jika hatinya masih tertutup dia akan menunggu. Nur terharu tapi begitu takut dikecewakan lagi oleh suaminya itu. Adam pinta isterinya memaafkan semua perbuatannya yang lalu dan berhasrat untuk berjalan ke MasjidilHaram bersama isterinya. Nur menggelengkan kepala, Adam kecewa tapi redha. Aidil melihat dan bersuara ke Nur kembali pada Adam, jodohnya dan Adam sudah tertulis.Dia sebak akan segala pengorbanannya. Ibu berdoa kepada Ilahi, berikanlahkebahagiaan pada Aidil yang selama ini telah berkorban, berikanlah dia cinta seorang isteri. Sebaik airmata Ibu jatuh ke tanah, pandangan Aidil bertembung dengan seorang gadis yang berabaya dan niqab, sinaran matanya menusuk ke hati Aidil.

Episod 16



Gadis tersebut ditemani oleh bapanya dan berjalan menuju ke hotel yang sama tempatAidil menginap. Sebaik melangkah masuk, ibu mengenggam tangan Aidil, dan berkata dia bangga punyai anak seperti Aidil. Dia bersyukur kerana pengorbanan Aidil, Adam kini kembali ke pangkal jalan. Ibu mahukan yang terbaik untuk Aidil dan dia percaya yangterbaik jugalah dimiliki Aidil. Aidil senyum, mengerti ibunya. Mata Aidil melirik kearahgadis tadi, dan Ibu tersenyum. Ibu nasihati Adam supaya membebaskan Nur. Kata Adam dia tidak akan berbuat demikian kecuali dipinta sendiri oleh Nur.Dia masih menaruh harapan.. Adam terima sepucuk surat dari Nur yang sudah memaafkannya dan dia jugapinta supaya Adam memaafkannya. Dia sedar dia bukan isteri yang sempurna danmengizinkan Adam untuk mencari penggantinya. Adam membalas surat Nur dia tidakakan mencari pengganti diri Nur. Baginya Nur isterinya hingga ke akhir hayat. Diamenamatkan suratnya dengan sebuah doa.

Episod 17



Setahun kemudian, Adam kini telah membuka firma arkiteknya sendiri yang membuat pengkhususan dalam senibina Islam. Dia terkejut bertemu dengan Nur Amina yang sudah pulang ke Malaysia. Adam bertanya jika Nur kembali untuk selamanya. Dan sudah temui kebahagiaan yang dicari? Nur angguk. Nur tanya kenapa Adam berhenti menulisemail pada Nur. Sangka Adam Nur tidak pernah membaca surat-suratnya, ta[I Nur katadia membaca setiap satu daripadanya. Adam menjemput Nur pulang ke kampungbersamanya untuk majlis pernikahan Aidil. Aidil bersyukurAdam dan Nur bersatu. Adamberterima kasih atas pengorbanan abangnya. Adam dan Nur kembali ke bilik mereka menghabiskan malam pertama mereka dulu. Setelah bertahun lamanya, ini kini malam pertama mereka dalam erti kata sebenar.


Episod 18




Suasana masih riuh rendah dengan hilai tawa orang kampung menyediakan majlis. Adam dan Nur diusik kerana kemesraan mereka. Nur memujuk Sarah yang kecewa kerana Aidil akan melangsungkan pernikahan dengan orang lain. Kata Nur jodoh ditangan Tuhan. Kata Sarah,.Aidil pilih Aliya kerana dia anak orang kaya. Nur menegur Sarah. Nur mengucapkan tahniah pada Aidil, dan Aidil mengharapkan kebahagiaan buat Nur dan Adam. Nur harap akan berjumpa Aliya dalam masa yang terdekat. MenurutAidil, Aliya menerima dia seadanya. Sarah menasihatkan Nur supaya berhati hati agartidak kecewakan lagi oleh Adam tapi Nur semakin yakin dengan keputusannya, Adam pilihan terbaik untuknya. Mereka saling berbalas pandang, dan tersenyum. Majlisberlangsung dengan penuh meriah.. tetapi tiba seorang tetamu yang takdi undang..Katrina


Episod 19



Adam dan Nur terkejut dengan kehadiran Katrina yang kini berhijab. Katrina menceritakan kisah hidupnya, selepas dia meninggalkan Adam, untuk menenangkan diri setiap malam berpesta, bertukar pasangan, mabuk. Di Jakarta dia mengenali seorangwanita yang membimbingnya dekat pada Islam. Nur menjemput Katrina untuk tinggal dengan mereka untuk sementara waktu. Ibu bertanya pada Nur dan Adam siapa Katrina sebenarnya. Nur cuba berdalih, tapi Adam tidak mahu membohongi ibunya lagi. Ini Katrina, isteri keduanya yang dinikahi di Australia. Dibalut perasaan bersalah terhadap Katrina, Adam sedia menerimanya kembali, dengan izin Nur. Katrina menyatakan padaNur dia tidak ingin merampas hak sesiapa, hanya berkongsi kasih seorang suami. Nurangguk dan memeluknya. Katrina berkata, sungguh mulia hati Nur, dan semoga AllahS.W.T. melindunginya sentiasa


Episod 20


Adam, Kat dan Nur belajar hidup bermadu. Kat merasai dia mengganggu kebahagiaan Adam dan Nur dan selalu mengalah. Adam cuba bertindak seadil adilnya. Dia berkongsi masalah dengan Aidil. Dia merasakan jalan yang terbaik adalah untuk menceraikan Katrina, tetapi rasa tanggungjawabnya menebal. Dia yang seharusnya membimbing isterinya itu, bukan dilepaskan supaya mencari jalan sendiri.. Kata Aidil, dia harusmendengar kata hatinya sendiri. Aidil dan Aliya hidup bahagia walaupun Aidil risau Aliyatidak dapat menyesuaikan diri dengan rumah kampung mereka. Sarah cuba memasangjarum dalam kehidupan mereka, dan bercerita padanya Aidil sebenarnya cintakan Nur.Terkejut Aliya. Dengan selamba Sarah bercerita, Aidil sebenarnya sepatutnya mengahwini Nur, tapi atas permintaan akhir arwah Haji Hassan, Adam yang dikahwinkandengan Nur tapi cintanya pada Nur tidak pernah padam. Aliya dihambat rasa cemburu. Dia minta Aidil berterus terang .


Episod 21



Kata Aidil itu semua cerita lama tiada lagi wanita lain dihatinya selepas berjumpadengan Aliya. Aliya masih belum pasti, Aidil cuba meyakinkan Aliya tapi hubunganmereka terus renggang. Adam memberitahu Nur dia akan melepaskan Katrina. Nur memujuknya supaya jangan, dan bersabar. Sewaktu menunaikan solat subuh bersama-sama, Katrina pengsan, mereka cuba menyelamatkannya, tapi terlambat. Menurutdoktor dia meninggal kerana brain aneurism. Semuanya terkejut, tiada. Adam, Nur dan keluarga di pusara Katrina. Seolah telah menjangkakan kematiannya, Katrina meninggalkan sepucuk surat kepada Adam dan Nur, supaya berbahagia dan supaya tidak lupa yang nur kasih sebenarnya, adalah Kasih kepada Nya.


Episod 22


Sarah semakin rancak meracuni fikiran Aliya supaya Aliya melihat sendiri keakraban Aidil dan Nur. Sarah kata pada Nur, menurut Aliya, Aidil masih simpan perasaan terhadapnya.Dan ini meretakkan hubungan mereka. Nur pinta berjumpa dengan Aidil untuk penjelasannya. Aidil berkata dia hanya simpan perasaan terhadap Nur sebagai seorangadik. Aidil mengiyakan dia pernah menyayangi Nur dahulu. Tanpa pengetahuan mereka,Sarah dan Aliya mendengar perbualan mereka. Pucat lesi muka Aliya. Adam juga adam mendengar perbualan itu. Sambung Aidil, Nur seorang wanita yang sempurna, dan sangkanya dia akan dikahwinkan dengan Nur, sebaliknya yang berlaku. Dia relab erkorban melepaskan wanita yang disayanginya untuk adiknya. Aliya tidak dapatmendengar lagi, lalu pergi. Adam sebak mendengar pengakuan abangnya dan pergi juga.Aidil berkata perkara yang lepas sudah dilupakannya. Jodoh Nur bersama Adam, dan dia bersama Aliya itu sudah tertulis. Nur lega akan penjelasan Aidil, dan Sarah tersenyum sendiri



Episod 23


Aidil mendapati Aliya telah pulang ke rumah ibu bapanya. Dia cuba berjumpa tapi Aliya mahu bersendiri. Sarah berkata Aliya tidak tahan dengan cara kampung dan rindukan kemewahannya. Hancur hatinya Aidil sampai bila pun dia tidak akan mampumemberikan kemewahan sebegitu pada isterinya. Dia berjumpa dengan Adam yang tidak belas kasihan. Adam bertanya jika Aidil jujur cintanya pada Aliya. Aidil terhina ditanya begitu. Nur juga perasan yang Adam menjauhkan diri. Adam ditugaskan ke Mumbai, sebelum berlepas dia pinta maaf pada Aidil atas semua kesalahannya yangterdahulu. Setelah pemergian Adam, Nur terkejut bila dikhabarkan Mumbai diserangpengganas, dan hotel Adam telah ditawan. Nur dan Aidil cuba mendapatkan kepastian dari Wisma Putra, tapi tiada berita. Ibu juga tidak putus-putus berdoa untukkeselamatan Adam. Nur berkeputusan untuk ke sana, setelah Adam disahkan ada dibiliknya pada masa ia diserang. Tetapi mayatnya tidak ditemui dan dia diklasifikasikan sebagai hilang.

Episod 24


6 bulan kemudian, ibu bertanya pada Nur sampai bila dia mahu hidup sendiri. Kata Nur,Adam menunggu Nur lama dan Nur akan tunggu dia seumur hidupnya. Aidil hilang akal,kehilangan Adam dan Aliya. Nur memujuknya supaya berjumpa Aliya. Aidil dan Aliyabertemu dan Aidil rela melepaskannya jika itu yang dia mahu. Aliya sedih, tanya kembali apakah itu yang diinginkan Aidil? Aidil keliru. Kata Aiya dia tahu Nur bersendiri mungkinAidil mahu mengahwininya. Aidil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, dan Aliyajuga. Mereka akhirnya mendapat tahu yang ini semua adalah angkara Sarah. Aidil danAliya kembali bersama. Sewaktu Aidil bersembang dengan ibunya mereka melihat keadaan Nur senyum bersedih. Tanya ibu, kalau ditakdirkan Adam telah pergi,sanggupkan Aidil mengahwini Nur? Aliya mendengar soalan itu. Aidil berkata dia tidaksanggup menduakan Aliya. Aliya terharu.

Episod 25


Aliya merapati Nur dan memberitahunya yang dia mengizinkan Aidil mengahwini Nur jika itu takdir mereka. Nur menggeleng cintanya hanya pada Adam dan dia akan tetapmenjadi isteri Adam. Setiap hari Nur menulis email pada Adam. Dia bercerita pada Adam segala-galanya yang berlaku dalam hidupnya seperti yang dilakukan Adam dahulu.Walaupun dalam surat Nur cuba ceria, sebaik selepas menulis, dia menitiskan air mata.Adam turut menitiskan airmata sambil membaca email di Mumbai. Adam kini bermisai dan berjambang. Soal temannya tidak mahu pulangkah dia? Kata Adam, buat pertamakali dalam hidupnya, dia mahu berkorban untuk abangnya, dia mahu Aidil bahagia.Sarah yang melihat kakaknya menulis surat setiap hari pada Adam merasa cukupbersalah. Tanpa pengetahuan Nur, Sarah mula menulis surat untuk Adam.


Episod 26




Nur menghabiskan masa di masjid. Suatu hari, Aidil melihat Nur menangis, air mata berlinangan di pipi. Aliya mendekatinya mengingati perbualan mereka yang dia mengizinkannya. Aidil merapati Nur dan berkata dia sanggup menjaga Nur. Nur memandang Aidil, kemudian Aliya dan Nur menggeleng perlahan. Nur membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tidak mahu lagi menjadi penyebab renggangnya hubungan Aidil dan Aliya. Dia ke stesen keretapi, dihantar Aidil dan Aliya. Sewaktu keretapi berhenti, seorang lelaki berjambang turun. Nur, tidak sedar akan ketibaannya. Dalam keretapi, Nur memandang keluar,Adam tiba disisinya sambil memberi salam. Nur terkejut, memandangnya, bersyukur..dia tahu Adam akan pulang juga ke pangkuannya. Mereka berpelukan.




Sunday, November 22, 2009

BORING NYA

JENG ... JENG

APASAL PUN AKU TAK TAU LA

MEMANG HARI NIE SUNGUH2 MEMBORINGKAN

DALAM ISTILAH YANG CUKUP ROMANTIK

IANYA DIKENALI SEBAGAI

" BORING TAHAP CIPAN "

KALU X PAHAM SENDIRI CARILAH KAT DALAM KAMUS NYE KENGKAWAN

APA-APA PUN LAYAN LA AKU PUNYA CATITAN KAT BAWAH NI YEE

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

HENTAHLAH

CUBA TEKAN LAGI KAT BAWAH

.

.

.

.

.

.

.

HAHAHAHAHAHAH

KALAU KORANG NAK TAU

NI PENCAPAIAN AKU PALING BAGUS

CORETAN PALING PANJANG

SEKALIGUS BUAT KORANG SEMUA

HILANG KETENSIONAN NYE KAN

HEHEHEHEH

LAYANZZZZZZZZZZ




Tuesday, November 17, 2009

SITI NURHALIZA

NI SAJE JE AKU NAK MASUKKAN GAMBAR SITI KAT BLOG AKU

PASAL AKU NI KAN PEMINAT SITI

HEHEHEH

SO , APA LAGI KENGKAWAN ... LAYANZ LA JUGA NYEEE !!!

















Monday, November 16, 2009

BACALAH WAHAI PENG"KLIK" NUFFNANG

Selalu ada di shoutbox anda perkataan seperti ini “Klik Potato anda”,”Tembak Nuff anda” dan sebagainya betul bukan?
Bila anda lihat seperti itu anda berasa ramai yang sudah klik ads anda, anda lihat di Akaun Nuffnang anda UNIK IP makin meningkatkan? Tapi Income masih rendah juga

SEBABNYA BEGINI : -

Apabila NUFFNANGER atau PEMBACA Blog anda MengKLIK Ads/Iklan anda, mereka akan KLIK lalu MENUTUP TERUS NEW WINDOWS IKLAN TERSEBUT SEBELUM ADS/IKLAN DIPAPARKAN SEPENUHNYA.

Ini menjadikan ID dan Link Blog anda yang dibawa oleh Ads/Iklan anda tidak sampai ke Server Nuffnang, Apa yang diterima oleh Server adalah KOSONG tidak membawa apa-apa pada KLIK yang dilakukan.

Ini juga terjadi kerana (Tuju Kepada Nuffnanger yang Aktif dalam Misi Klik):-


Anda mahu cepat2 klik2 di blog tersebut supaya boleh, pergi ke blog lain untuk klik disamping promote link anda untuk diKLIK Semula

Anda membuka terlalu banyak tab blog lain sehingga boleh mencecah 10 blog sekali gus, ini juga bergantung kepada KELAJUAN INTERNET ANDA, SPEC PC/LAPTOP anda

Jika anda mahu buka sekali gus banyak blog, Internet dan Spec Komputer juga main peranan penting, MOZILLA FIREFOX juga, telah mengHADkan,pembukaan website dalam satu2 masa sebanyak 25 web sahaja dalam perisiannya, 25web yang anda buka serentak akan menggunakan 400-700mb penggunaan RAM,

Jadi apa yang boleh anda lakukan, Buka dalam 3 blog sekurang2nya pada satu masa, tutup semula dan buka semula 3 blog lain, ini dapat mengelakkan keSESAKan internet anda.

Lain-Lain Sebab-

Nuffnanger yang mengKLIK Ads/Iklan menggunakan IP YANG SAMA- Nuffnanger yang mengKLIK Ads/Iklan anda hanya BERLAKON didalam chatbox, tetapi tidak KLIK

Cara Mengatasi :

1) Apabila anda mengKLIK Ads Blog lain, Pastikan anda mengKLIK sehingga Keluar Sepenuh yang iklan itu (Dalam M.firefox, Page yang siap sepenuhnya akan di Statuskan sebagai “DONE”).

2) Membuka tidak terlalu banyak Blog Nuffnanger untuk MISI KLIK, setelah habis Blog pada Blogwalking pertama, lakukan semula dengan Blog2 lain pula, jangan terlalu tamak untuk mendapatkan KLIK dari nuffnanger, dan tidak gopoh

3) Pastikan IP Address yang anda gunakan tidak sama dalam setiap MISI KLIK yang dilakukan, anda boleh Semak IP Address anda di http://www.myipaddress.com/ ,Setelah Semak pastikan IP anda berbeza dengan IP Misi sebelumnya.

4) Jika anda tiba di satu Blog yang tidak keluar Ads/Iklannya, anda boleh mencubarefresh semula, ada ketika Ads/Iklan tidak keluar di sesetengah Blog tetapi Ada Terpapar di Blog lain, Ini bergantung kepada pencapaian internet atau server Nuffnang Sendiri.

5) Update Blog Anda Selalu, Jika link blog anda telah exchange di dalam blogroll Nuffnanger lain, pastinya mereka akan melihat pada blog yang Ada Update Terbaru, tak kisah la update itu ringkas atau tidak, manakala yang mempunyai LinkBox atau seangkatan dengannya, pastikan link di LinkBox anda Benar aktif dalam Update atauMisi klik, ini dapat mengelakkan pembaziran penggunaan LinkBox anda dariBloggers2 yang hanya menyinggah.

6) Tidak perlu menipu dalam membuat Misi Klik, anda tidak rugi apa pun sekiranya anda tolong klik, Register Nuffnang adalah PERCUMA, PEMBAYARAN pun bukan dari wang saku anda. Jadi jika mahu KLIK, Klik aje ler.

7) Jika diBLOG anda tidak kelihatan Ads/Iklan, Apa salahnya anda klik dahulu pada blog lain. Pada waktu berikutnya nanti, nuffnanger lain juga akan menjejak blog anda juga semula, tiada kerugian disitu


sumber dari :- http://azilas.blogspot.com/

Friday, November 13, 2009

CIUMAN

RAHSIA DI SEBALIK CIUMAN LELAKI

Apakah tanda di sebalik ciuman suami atau pasangan anda? Tahukah anda di sebaliknya ada tersirat rahsia?

Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah ciuman?Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minatnya terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap kanak2 itu. Tetapi apabila ada pasangan lelaki mencium atau mengucupi wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya?

Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap pasangan wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami sikap si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsia yg berbeza lagi tersendiri. Ciuman atau Kucupan pada Tangan Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya.. .. Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam hidupnya.

Ciuman di Dahi
Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan wanitanya di dahi. Apakah tandanya? Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi ,itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu syahdu.

Ciuman Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.

Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya. Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.

Kucupan dari Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!

Kucupan Lutut
Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda.

Ciuman Di hujung Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda. Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg anda tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.

Thursday, November 12, 2009

AL KISAH ...

NUR KASIH ....

Nur Kasih dibintangi oleh Dato' Jalaludin Hassan (Ustaz Hassan), Liza Othman (Hajjah Khadijah), Fizz Fairuz (Aidil), Remy Ishak (Adam), Tik Zaqyah (Nur Amina), Sharifah Sofea (Katrina) dan Ummi Nazeera (Siti Sarah)

Sebuah cerita yang cukup menyayat hati , makin lama tgk makin best, tak mcm citer lain makin lama makin boring terus hilang minat nk tgk ending..hehe…

Mana tak nya .. kalu masa cerita ni .. memang tak boleh nak p jalan mana2 sampai isteri aku pun tau dan tak akan ajak p jalan2 masa cerita niiii .....





Petikan dialog ini terlalu bermakna .. Hayatilah


“Adam dan Aidil tak sama.Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang.Malah jadi layu.Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…” (Hajjah Khadijah)






Ni lah orang yang kalau tengok nak aje bunuh .. heheheh .. bukan apa geram tgk perangainya sampi sakit hati nak tgk muka dia .... yang kesian tu si sara dgn harapan yang menggunung duk ingat Aidil nak pi meminang dia. last2 org lain rupanya ...


Maluu sampai tengok celah jari aja.



tapi kesian pulak kt Sara, cinta tak berbalas. Aliya yang baru jer kenal Aidil, terus dpat jadi bini. Sara pulak yang sejak dari sekolah dok tergilakan Aidil, tak berjaya jugak menakluk sekeping hati Aidil.




Adam anak kedua kepada pasangan Ustaz Hassan & Ustazah Khatijah. jenis yang suka memberontak dan tidak mendengar kata ibu bapanya. Dia suka sangat p berfoya-foya tetapi setia terhadap teman wanitanya yang bernama Katrina
ianya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat kepada pegangan agama dan merupakan seorang yang panas baran, sombong dan bongkak.
Dia ni jenis yang tidak menghiraukan kata-kata nasihat ibu bapanya. Si Adam suka bertindak mengikut kata hatinya dan sangat berdikari dalam menjalani kehidupan

Watak utama yang dikenali sebagai Nur Aminah ni mempunyai sifat yang hormat terhadap orang tua dan sabar dalam menghadapi segala masalah menjadikan ianya sangat disenangi.

Sikap sanggup berkorban demi orang yang tersayang membuatkan Nur merupakan anak yang paling disayangi oleh pasangan Imam Abu Bakar & Mak Ani.

Nur sangat berpegang teguh kepada prinsip tiada kejayaan tanpa rintangan, tiada kebahagiaan tanpa kesedihan