SELAMAT DATANG

Friday, February 26, 2010

ASSAM JAWA KEPALA BIAWAK

Hentahlah dalam dok baca harian metro ternampak berita yang cukup sensasi mengenai “Asam Jawa Kepala Biawak”. Inilah hasil daripada ketidak prihatinan kita sebagai pengguna yang tidak memastikan sumber makanan “Halal” dalam kehidupan seharian.


JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.

Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.

“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.

“Saya terus melepaskan objek itu dan memanggil jiran bagi memastikan apa benda yang ada dalam asam jawa berkenaan.“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.

Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak. Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.

Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak. “Saya juga akan buat laporan kepada Jabatan Kesihatan (negeri) dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang mengeluarkan asam jawa berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, wanita terbabit perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.

Sunday, February 14, 2010

HARI KEKASIH - KEMPEN TAK PAKAI SELUAR DALAM


Kalau ikut kan hari ini 14/02/2010 adalah hari kekasih ataupun dalam bahasa inggeris Valentie’s Day dan akan disambut oleh rakyat Malaysia tanpa kira umur , bangsa dan agama …

Iye ke … ermmm tapi tak tahulah nak cakap kenapalah kita ni masih nak ikut cara barat , bukanya apa makin merosakkan si teruna dan si gadis je . Tapi sapalah aku ni kan nak mempersoalkan benda ni kan .. Benda wajib pun kekadang aku tertinggal juga .

Aku bukanya apa .. tertarik dengan kempen Valentine’s Day kali ni iaitu “ KEMPEN TAK PAKAI SELUAR DALAM SEMPENA HARI KEKASIH ”

Dengar cerita nya kempen ini bermula di sebuah pengajian tinggi tempatan dan ramai berpendapat pakai atau tidak seluar dalam oleh gadis atau wanita adalah hak individu.. Dikatakan pelajar harus TAK PAKAI SELUAR DALAM demi membuktikan cinta dan kasihnya kepada jantannya.

Bukanya apa , Karang kalau ramai-ramai tahu tak pakai seluar dalam silap-silap timbul pulak masalah kena skodeng la, kena rogol la … Sapa yang untung !!!


Thursday, February 11, 2010

( 18SX ) HOMOSEKSUAL - GAY

Ada lelaki yang berkahwin dengan wanita atas pilihan kaum keluarga namun mereka ini sebenarnya tidak terdetik pun perasaan cinta terhadap isteri.

Ini disebabkan mereka ini lebih 'berselera' dengan kaum sejenis.Malah, lebih teruk, ada lelaki bernafsu songsang ini yang beristeri dan mempunyai anak.

Dan kalau diikutkan golongan gay ini semakin berani dan tidak segan melakukan 'mukadimah' seks terlarang termasuk bercumbu di kawasan terbuka.

Mereka juga ada mempunyai kelab gay yang menghimpunkan golongan yang dahagakan seks songsang untuk bertemu dan melempiaskan keinginan itu.Homoseksual lebih kepada orientasi seksual yang berkait rapat dengan emosi yang mereka 'cipta' sendiri bagi menterjemahkan kebebasan serta kenikmatan yang tersasar dari agama.

Allah s.w.t menjadikan makhluk berpasangan, tetapi antara lelaki dan wanita. Allah tidak membenarkan hubungan terlarang sesama jenis.Sejarah mencatatkan perbuatan homoseksual ada berlaku.

Dalam al-Quran ada menceritakan kisah umat Nabi Luth a.s yang melakukan hubungan songsang.Manakala kaum perempuan juga mengamalkan perkara sama dan hanya berminat terhadap wanita atau lesbian.

Lebih menyedihkan, isteri Baginda sendiri tidak mengendahkan peringatannya lalu Allah menurunkan hujan batu dan batu dari tanah liat yang panas berapi serta gempa bumi dengan kekuatan bunyi yang menggegar pada waktu matahari terbit.

Melihat kepada azab yang Allah turunkan kepada umat Nabi Luth, adakah manusia akhir zaman masih tidak gerun untuk melakukan perbuatan terkutuk itu?
Selain daripada azab yang menimpa kaum Nabi Luth, terdapat kejadian yang mirip kepada kejadian sama turut menimpa Kota Pompeii (kini satu kawasan di Itali). Kota Pompeii ini merupakan sebuah kota terkemuka dalam Empayar Rom pada satu ketika dahulu.

Lebih 1900 tahun lalu, Pompeii adalah sebuah kota purba yang maju sehingga satu kejadian dahsyat melanda menyebabkan keseluruhan bangunan serta penduduknya tertanam lebih 18 meter di dalam lava gunung berapi berkenaan.

Masyarakat Pompeii dikatakan tidak menyedari langsung letusan kuat itu berlaku yang dapat dinilai daripada raut wajah artifak yang menggambarkan mereka dalam suasana terkejut, ketakutan yang amat sangat. Kemusnahan Kota Pompeii dari muka bumi ini sudah tentu bukan terjadi dengan sengaja.

Masyarakat Pompeii di katakan mengamalkan kepercayaan Mithra yang mana meyakini bahawa persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara berselindung, tetapi terbuka. Nauzubillah! Sehingga pada 1594, ketika kerja menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius dijalankan mereka dikejutkan dengan penemuan artifak berupa tembikar dan puluhan tubuh manusia yang sudah membatu dalam keadaan sungguh menggerunkan.

Tinggalan artifak misteri berkenaan akhirnya terjawab apabila masyarakat Pompeii dipercayai menjadikan kota itu sebagai pusat utama aktiviti pelacuran dan seks bebas. Malah, alat kelamin lelaki juga digantung di pintu utama pusat pelacuran terbabit.

Sungguh mengejutkan apabila mendapati banyak sekali artifak manusia yang terawet berada dalam posisi sedang melakukan persetubuhan termasuk liwat. Demikian sebahagian peringatan yang mahu manusia kembali kepada kepada fitrah asal dan tidak terus hanyut menyimpang.

Tuesday, February 9, 2010

Adab Buang Air Kecil

Cara buang air kecil ni kekadang menjadi isu sensitif bagi sesetengah orang dan tidak dibicarakan secara terbuka. Tapi disebabkan ketidakterbukaan minda ketika membincangkan soal itu membuatkan ramai melakukan kesalahan hasil dari sikap " pandang sebelah mata" je

Adab membuang air kecil adalah seperti ;
i. Mendahulukan kaki kiri ketika masuk tandas dan keluar dengan mendahulukan kaki kanan.
ii. Tidak menghadap kiblat.
iii. Bukan di dalam lubang yang dihuni oleh haiwan.
iv. Berada di tempat tertutup.
v. Berdehem bagi melawaskan air kencing.
vi. Dilarang membawa masuk ayat suci al-Quran ke dalam tandas.
vii. Dilarang membuang air kecil di bawah pokok yang berbuah dan tempat berteduh.
viii. Dilarang membuang air kecil di tempat air yang bertakung.

" Sayyidina Abu Bakar pernah hendakmenyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut.
Sayyidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapatberkata-kata, Katanya " Apakah salah ku ke ana aku telah diutus olehAllah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. " Diselidiki amalan sipolan itu semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yangmengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuangair kecil. "


Thursday, February 4, 2010

DEBARAN MALAM PERTAMA

Malam pertama merupakan malam yang memang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan pengantin baru. Kalau dulu mereka asyik dengar orang bercerita atau baca dari buku atau sumber lain,kini benar-benar akan mereka alami sendiri.

Pasangan muda khususnya gadis kebanyakkannya belum mengetahui apa yang harus dilakukan saat menghadapi malam pertama .Mereka biasanya takut dan membayangkan rasa sakit ketika melayari malam pertama .

Perkara sebaliknya pula dirasakan oleh si teruna,walaupun berdebar tapi si teruna biasanya tidak sabar utk mengalami sendiri peristiwa yg akan diingati seumur hidup.Sikap terburu-terburu pada malam pertama tanpa memikirkan perasaan pasangan mampu menghilangkan nikmat yg sepatutnya dirasai bersama pada malam pertama pengantin baru berlangsung dgn penuh nikmat, beberapa perkara harus diberi perhatian.

Persiapan Fizikal
Sudah siap sediakah keadaan fizikal anda utk menghadapi malam pertama. Khususnya kaum wanita.Pengantin perempuan biasanya lebih penat memandangkan selalunya mereka tidur lewat sehari sebelum majlis perkhawinan berlangsung dan harus bangun awal utk persiapan hari perkahwinan.

Maka ada baiknya jika sang suami melihat dan bertanyakan keadaan fizikal isterinya sebelum melakukan’aktiviti’. Malam pertama tidak semestinya harus dijalani pada malam sesudah majlis perkhawinan, sekiranya pasangan kepenatan,apa salahnya menunggu keesokan harinya, Setelah keduanya sudah bersedia laluilah malam pertama.

Persiapan Mental
Bagaimana dgn persiapan mental dan psikologi anda? Apakah anda sudah benar-benar siap sedia utk malam itu? Sering kali kenikmatan malam pertama tidak dapat dirasakan dengan maksimal kerana ketidaksediaan mental dan psikologi dari pasangan pengantin baru.

Jika ada salah seorang daripada anda belum sedia secara mental dan psikologi maka seeloknya berterus terang supaya keduanya bahagia dengan malam pertama yg bakal dilalui.

Cukupkah Ilmu Di Dada?
Hubungan suami isteri bagi pengantin baru adalah bidang baru yg perlu dipelajari lebih lanjut.Ibarat anda akan ke satu destinasi. Kalau sebelum sampai,anda hanya mendengar,kali ini anda akan melihat sendiri tempat

Jadi sebaiknya bekalkan diri anda dengan pengetahuan yg memandai tentang hal ini. Pengetahuan ini akan memberi panduan utk melakukannya dengan betul dan seterusnya mencapai kepuasan. Suami harus tahu bahawa isterinya memiliki respons yg berbeza. Lelaki jauh lebih mudah terangsang, sedangkan wanita memerlukan waktu yg lebih lama.sekiranya suami mengetahui hal ini nescaya mereka tidak akan terburu-buru.

Tahu Bahagian Tubuh Yang Sensitif
Apakah anda telah tahu tentang ‘errogenous zone’(bahagian tubuh yg sensitive terdadap rangsangan) pada diri anda dan pasangan? Pengetahuan tentang hal ini akan memudahkan suami memahami sama ada isterinya sudah bersedia atau tidak.Namun bagi isteri utk mengetahui apakah suaminya telah bersedia atau belum tantu jauh lebih mudah,bukan?

Jangan Makan Berlebihan
Saranan ini lebih ditujukan kepada pengantin lelaki. Sebelum menikmati malam pertama sebaiknya anda jangan makan terlalu banyak (terlalu kenyang). Jika anda makan terlalu banyak maka akan terjadi adalah sebahagian besar darah akan berkumpul dibahagian perut anda utk membantu proses percernaan makanan.akibatnya anda tidak akan mencapai ‘ketegangan’ yg dikehendaki dan seterusnya yg membuatkan anda dan pasangan tidak mencapai kepuasan
dalam hubungan seksual.

Tinggalkan Kenangan Yang Indah
Peristiwa di malam pertama akan meninggalkan kesan yg mendalam.Ia akan menjadi kenangan indah buat pasangan suami isteri.Untuk itu,pastikan anda melakukannya dengan penuh kelembutan dan tatatertib supaya yg ditinggalkan adalah kenangan indah semuanya .


SITI NURHALIZA .. PUJAAN HATIKU

Sebenarnya dah tak tau nak buat apa petang ni , kerja kat pejabat pun dah habis dikerjakan pagi tadi , ntahla tiba-tiba teringat pulak kat artis pujaan hatiku ini iaitu " SITI NURHALIZA"

Jadi kepada kawan semua , inilah hasil kerja ku dipetang hari semasa menunggu detik jam 6.00 petang ....

Jom kita layan hasil kerjasama dengan pakcik yahoo



SITI NURHALIZA ... PUJAAN HATIKU