SELAMAT DATANG

Saturday, August 15, 2009










Tuanku Siti Aishah
D.K. (Selangor), D.M.N., D.A. (Sarawak)


TENGKU PERMAISURI SELANGOR



Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah telah dilahirkan pada 18 November 1971 dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Gurney, kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA (kini telah dinaikkan taraf sebagai Universiti Teknologi MARA), Kota Bharu, Kelantan dalam bidang perbankan.


Dengan kehendak Allah yang menentukan jodoh pertemuan, maka pada 3 Mei 1990, baginda telah dipertemukan jodoh dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan.
Pada 20 Jun 1994, baginda telah dikurniakan Bintang Kebesaran Negeri Sarawak. Sempena sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Yang Ke-70 pada 8 Mac 1996 yang lalu, baginda telah dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.


Seri Paduka Baginda Tuanku juga merupakan Penaung kepada Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Selangor, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Negeri Selangor, BALKIS Negeri Selangor, Persatuan Pandu Puteri Negeri Selangor, Persatuan Jantung Hatiku dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


Baginda memanfaatkan masa lapangnya dengan membaca buku, memasak dan bermain golf. Selain daripada itu, baginda juga gemar memandu kereta dan mengumpul buku-buku. Jika ada masa dan kesempatan baginda suka melancong ke luar negeri bagi menambahkan pengalaman dan pengetahuan.




Ramai mengetahui kedudukan YAM.Permaisuri Siti Aishah selepas kemangkatan agong.tiada gelaran rasmi yang boleh dipakai beliau kerana beliau hanya orang kebanyakkan.

Kebiasaanya bekas isteri gahara seseorang raja akan bergelar Yang maha mulia iaitu gelaran yang sangat dihormati selepas DYMM dan DYTM.Duli dari bahasa asalnya ialah debu yang berada dibawah tapak kaki seorang raja pemerintah,permasuri(raja perempuan),pemangku raja pertama dan isteri gahara,pemangku raja kedua(jika ada) dan isterinya yang gahara.

Mungkin pelik bagi kita,selepas kemangkatan agong,tiada gelaran khusus untuk siti aishah sehinggalah akhbar 'THE STAR' melakukan kesilapan dengan memanggil siti aishah sebagai tuanku pada temubual khas bersama akhbar itu.selepas hampir 5tahun barulah dewan diraja selangor mengiktiraf gelaran yang amat mulia pada siti aishah.

Walaupun begitu, bekas permaisuri selangor juga raja permaisuri agong ini bijak menyusun bicara apabila ditemubul dalam majlis yang dihadiri.masih lagi mengikut protokolnya sebagai yang amat mulia permaisuri,beliau berpakaian secara sederhana saja,tapi menonjol dengan adab,kecantikan dan kesopanan.beliau tidak mementingkan material dan luaran saja,tapi dalaman dan rohani bergerak seiringgya



Pencen khas untuk balu Agong


Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu meninggal dunia semasa menjadi Agong, maka balu dia akan dapat pencen ni.

Contohnya pencen khas ni YAM.Permaisuri Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor meninggal masa tu tengah jadi Agong .

Ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223


(Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).


maka kemungkinan besar ini lah yang YAM.Permaisuri Siti Aishah .


1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan



2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.


3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.






No comments:

Post a Comment