SELAMAT DATANG

Friday, August 14, 2009

INGAT LAGI TAK ... KENANGAN LALU .....

Kalu nak tau byk cerita zaman dahulu kala yang aku syok betol dok tengok pasal sebab masa tu masih muda ( zaman kanak2 lah ) lagi jadi memang tak lepas ler dari tengok cerita macam Maero Attack , Miss Comet, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Gaban,Ultraman, Oshin, Ninja Turtles, Masked Rider , Smurfs , Ksatria Baja Hitam dan macam2 lagi la… .so, sapa yang sealiran dengan aku mesti tak lepas tgk cerita2 nie...kan..kan..


MAERO ATTACK


somersault berpusing....piring terbang...


Spike yang berputar tu ker??? awek yang pakai seluar pendek tu...

Hehehehe..citer Moero Attack jadi fenomena kat Malaysia dulu..aku dulu kecik2 sampai sanggup ponteng sekolah agama atau nak balik cepat sbb nak tgk maero attack..

summersault berpusing laa..hakhak..betul tu hanya pertahanan bertiga saja boleh menghalang pukulan maut summersault berpusing...


kalu tak silap mak heroine tu pun ade special skill dia...summersault berputar ke ape ntah...


lepas tu ada iklan ubat batuk cap ibu dan anak.....! ekekekek!


Satu kelebihan cerita ni..mengajar kita supaya tidak mudah berputus asa & mengalah...Pastu kalau kita hebat ada yang lebih hebat dari kita...

Lawak betullah kalu teringat zaman sekolah dulu..semua budak sibuk citer nie..



GABAN






Polis angkasa Gaban menentang raksasa daripada empayar jahat yang ingin menakhluki bumi. Gaban ada sut angkasa yang khas, motor, Naga Gaban dan lain-lain peralatan yang canggih. Termasuk juga seorang awek nama Mimi yang boleh tukar jadi burung. Empayar jahat tersebut juga menjadikan ayah Gaban sebagai tahanan.


Sebab tu lah dia bersungguh-sungguh nak musnahkan diaorang ni. Orang jahat juga selalu bawak Gaban ke 'Ruang Angkasa Neraka' untuk fight ngan raksasa. 90% daripada raksasa yang cuba menentang Gaban mati dalam keadaan yang amat mengerikan, iaitu terbelah dua. Semua ini disebabkan oleh skill terulung Gaban iaitu gerakan finishing yang kita semua kenali sebagai 'Gaban Z, Belah dua!".


Walaupun dah tak di tayang kat Malaysia tapi ramai yang tau apa itu Gaban. Kalu zaman dulu kita akan gunakan n Gaban sebagai symbol kedasyatan. “Terror macam Gaban”…atau “Fuh… Gaban la kau”. Terngiang-ngiang lagi ditelinga kan ….


“Heret Gaban ke ruang angkasa setan….” Pastu ada gelak… “Hehehhehe…”
Kalau sesiapa ‘rindu’ Gaban bolehlah explore YouTube, banyak gila clip di sana. Tapi aku rasa kalau mereka jadikan filem, confirm aku pergi tengok.
Ada sesiapa ingat berapa saat dia tukar costume?




MASK RIDER ( KSATRIA BAJA HITAM )




Walawei… Besh gile cite nih.

Cerita ni mengisahkan jejaka seorang yang kuat, ego dan pandai masak (pandai masak? ye memang die pandai masak) telah mempunyai Kabuto belt sekian lama. Tapi entah nape tibe2 pada suatu hari, belt tu memberikan suatu reaksi apabila wujud nyer Worm (raksasa jahat la). Kemudian dari situ bermula la adegan pertukaranlah , motor yang bagus ala2 knight rider tuuu.

Kamen Rider ( masked rider la ) ni wujud pada sekitar tahun 1971 bermakna.. dan kamen-kamen rider yang wujud hasil kajian aku adalah seperti berikut:

Kamen Rider 1971 – 1973
Kamen Rider V3 1973 – 1974
Kamen Rider X 1974
Kamen Rider Amazon 1974 – 1975
Kamen Rider Stronger 1975
Kamen Rider (Skyrider) 1979 – 1980
Kamen Rider Super-1 1980 – 1981
Kamen Rider BLACK 1987-1988
Kamen Rider BLACK RX 1988-1989

Kamen Rider Black RX ataupun lebih dikenali dinegara kita sebagai Kesatria Baja Hitam. Akupun tak tahu dari mana mereka dapat perkataan Kesatria Baja Hitam. Apa yang bagus sangat dengan perkataan Baja hitam ni? Siapalah agaknya yang jadi transalator untuk cerita sains fiksyen ini. Tapi, oleh sebab namanya yang unik itulah membuatkan aku dan kanak-kanak pada masa itu sangat suka dengan cerita macam ni ketika itu. Maklumlah, kanak-kanak bermain dan menonton kartunlah adalah part paling seronok ketika itu.

Kalau dalam melayu dipanggil Kestaria Baja Hitam, kalau dalam Jepun dipanggil Kamen Rider, jika dalam English dipanggil Mask Rider, agaknya kalau zaman Hang Tuah dulu dipanggil Hang Rider? Ntahlah. Aku tiada jawapan kerana aku tahu setiap negara ada nama panggilannya tersendiri.. Hanya itu sahaja jambatan untuk mengenali Kamen Rider Black RX ni.
Sesungguhnya, barang siapa yang tak pernah tengok cerita Kamen Rider Black ni, memang zaman kanak-kanak diorang tak besh! Serius, mesti korang takde modal nak borak kan kalau kitaorang cerita pasal Kesatria Baja Hitam ni? Haha..

THUNDERCATS





Thunder, Thunder Cat Hooo!
Tu la ayat keramat dalam siri kartun thundercats …
Taktaulaa.. kalau ada yang dah lupa siri kartun ni. Aku rasa ini salah satu siri kartun yang sentiasa dingati dan khabarnya dah difilemkan dah pun. Benda yang paling takleh lupa masa dia hayun pedang tulaa.. thunder.! thunder.! Thundercats!! Heh!

tapi kan kalu pandang sekali imbas lambang thundercats tu macam lambang proton la pulak kan ..

tapi thundercats punya garang sikit kot .. kalu proton punya ala2 manja je kan ..

apa2 je la .......



DRAGON BALL






Dragon Ball kisah tentang Son Goku dan rakan-rakannya untuk mengumpul Mutiara Naga bagi tujuan memohon hajat.


Cerita bermula ketika dia masih lagi seorang budak kecil iaitu setelah terserempak dengan Bulma yang sedang mencari Mutiara Naga tersebut. Namun begitu, pengembaraan Goku bukanlah semudah yang disangka kerana sering diganggu oleh musuh-musuh yang ingin menghalangnya.

Kisah dragon ball tetap berterusan sehinggalah dia berkahwin dengan Chichi, mempunyai anak dan seterusnya sehingga dia menjadi seorang datuk. Pada mulanya, cerita dragon ball hanyalah sekadar kisah pengembaraan, tetapi lama-kelamaan gaya penceritaan berubah kepada elemen perlawanan.


Son Goku - Watak utama . Berketurunan Saiya dan dilahirkan dengan nama Kakaroct, dia dihantar ke bumi dari planet asalnya, Planet Bezita, agar dia boleh membesar dan seterusnya "membersihkan" bumi supaya dapat dijual dengan harga tinggi oleh orang-orang Saiya. Namun demikian, hakikat tersebut tidak berlaku, sebaliknya dia menjadi wira yang telah banyak kali menyelamatkan bumi daripada ancaman musuh. Dia mempunyai 2 orang anak bernama Son Gohan dan Son Goten hasil perkahwinannya dengan Chichi.


Son Gohan - Anak sulung Son Goku. Bakat berlawannya telah terserlah sejak kecil lagi, tetapi dia bercita-cita untuk menjadi seorang ilmuan. Setelah tamat Permainan Cell, dia dihantar belajar di Sekolah Menengah Orange Star, di mana dia mula mengenali anak perempuan Encik Satan, Videl, yang kemudiannya menjadi isterinya. Hasil perkahwinan tersebut, mereka memperoleh seorang anak bernama Pan.


Bezita - Seorang putera mahkota bagi Kaum Saiya dari Planet Bezita. Terkenal kerana memiliki kuasa berlawan yang tinggi sejak kecil lagi, tetapi maruahnya tercalar apabila dikalahkan oleh Son Goku semasa dia mula hendak menyerang bumi. Namun demikian, dia mula bekerjasama dengan Goku dan rakan-rakan bagi menewaskan musuh yang lebih kuat, bermula daripada babak Fliza. Malah dia mula tinggal di bumi dan berkahwin dengan Bulma serta mempunyai 2 orang anak iaitu Trunks dan Bula.


Bulma - Watak perempuan utama yang pertama muncul di dalam Mutiara Naga. Dia memainkan peranan penting dalam babak-babak terawal Mutiara Naga kerana dialah yang bertanggungjawab mengajak Goku menyertai pengembaraan mencari Mutiara Naga dan dalam masa yang sama, dia mencipta Radar Mutiara Naga untuk memudahkan kerja mereka. Peranannya semakin berkurangan di dalam babak-babak kemudiannya yang lebih banyak menerapkan unsur pertarungan dan perlawanan.


WOODY WOODPECKER






Ada sesiapa masih ingat dengan burung belatuk yang nakal ni. Bagi aku kartun ni sentiasa menghiburkan kalaupun aku menontonnya sekarang. Dah lama jugak aku tak tengok kartun nih Sememangnya masih menghiburkan!


TRANSFOMERS



Perghh .. cerita ni memang masa tu aku tak kan lepaskan peluang .. yela ..dari lori boleh bertukar menjadi robot tuuu ..

memang mengangumkan tuuu... masa tu la ..




KARTUN SMURF



Kartun ni aku dah lupa lah jalan cerita nya .. tapi aku memang terhibur betoi dgn cerita niii ....

kan bagus kalu ada ulang tayang semula .. heheheheh



1 comment:

  1. bro.. flashman, maskman ngan cybercop tak layan ker? gua pun layan gak gaban tu.. ninja turtle lagi la.. peberet gua tu. :D

    ReplyDelete