SELAMAT DATANG

Friday, February 26, 2010

ASSAM JAWA KEPALA BIAWAK

Hentahlah dalam dok baca harian metro ternampak berita yang cukup sensasi mengenai “Asam Jawa Kepala Biawak”. Inilah hasil daripada ketidak prihatinan kita sebagai pengguna yang tidak memastikan sumber makanan “Halal” dalam kehidupan seharian.


JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.

Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.

“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.

“Saya terus melepaskan objek itu dan memanggil jiran bagi memastikan apa benda yang ada dalam asam jawa berkenaan.“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.

Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak. Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.

Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak. “Saya juga akan buat laporan kepada Jabatan Kesihatan (negeri) dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang mengeluarkan asam jawa berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, wanita terbabit perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.

11 comments:

  1. miloicekaw1119

    geli ke ! sedap tuuu
    heheheh

    ReplyDelete
  2. huwaaa fobia la nk guna asam jawa pasni huhu

    ReplyDelete
  3. Mr.Z
    macam penah makan je bunyinya

    Sasha*
    apa lagi lps ni guna air je la utk masakan
    hehehe

    ReplyDelete
  4. ada gak baca psl bnda nie kat newspaper..teruk betul termasak biawak...x tau sengaja atau x sengaja tu

    ReplyDelete
  5. erkk.. gelinya..nk muntah wehh..kepala cicak leh lg ak tgk.. kepala biawakk..erkkkk..ahahaha

    ReplyDelete
  6. farra_eng
    mgkn tu cara nak bagi sedap masakan kot ...

    ReplyDelete
  7. Darkbatman
    kalau aku bubuhlah kepala apa pun mesti geli sakan

    ReplyDelete
  8. Geli gilak do...
    camane ley ter ade kepale tuh lam asam jawe kan??
    Nasib baik ak duk N9...
    wakakaka...

    ReplyDelete