SELAMAT DATANG

Thursday, February 11, 2010

( 18SX ) HOMOSEKSUAL - GAY

Ada lelaki yang berkahwin dengan wanita atas pilihan kaum keluarga namun mereka ini sebenarnya tidak terdetik pun perasaan cinta terhadap isteri.

Ini disebabkan mereka ini lebih 'berselera' dengan kaum sejenis.Malah, lebih teruk, ada lelaki bernafsu songsang ini yang beristeri dan mempunyai anak.

Dan kalau diikutkan golongan gay ini semakin berani dan tidak segan melakukan 'mukadimah' seks terlarang termasuk bercumbu di kawasan terbuka.

Mereka juga ada mempunyai kelab gay yang menghimpunkan golongan yang dahagakan seks songsang untuk bertemu dan melempiaskan keinginan itu.Homoseksual lebih kepada orientasi seksual yang berkait rapat dengan emosi yang mereka 'cipta' sendiri bagi menterjemahkan kebebasan serta kenikmatan yang tersasar dari agama.

Allah s.w.t menjadikan makhluk berpasangan, tetapi antara lelaki dan wanita. Allah tidak membenarkan hubungan terlarang sesama jenis.Sejarah mencatatkan perbuatan homoseksual ada berlaku.

Dalam al-Quran ada menceritakan kisah umat Nabi Luth a.s yang melakukan hubungan songsang.Manakala kaum perempuan juga mengamalkan perkara sama dan hanya berminat terhadap wanita atau lesbian.

Lebih menyedihkan, isteri Baginda sendiri tidak mengendahkan peringatannya lalu Allah menurunkan hujan batu dan batu dari tanah liat yang panas berapi serta gempa bumi dengan kekuatan bunyi yang menggegar pada waktu matahari terbit.

Melihat kepada azab yang Allah turunkan kepada umat Nabi Luth, adakah manusia akhir zaman masih tidak gerun untuk melakukan perbuatan terkutuk itu?
Selain daripada azab yang menimpa kaum Nabi Luth, terdapat kejadian yang mirip kepada kejadian sama turut menimpa Kota Pompeii (kini satu kawasan di Itali). Kota Pompeii ini merupakan sebuah kota terkemuka dalam Empayar Rom pada satu ketika dahulu.

Lebih 1900 tahun lalu, Pompeii adalah sebuah kota purba yang maju sehingga satu kejadian dahsyat melanda menyebabkan keseluruhan bangunan serta penduduknya tertanam lebih 18 meter di dalam lava gunung berapi berkenaan.

Masyarakat Pompeii dikatakan tidak menyedari langsung letusan kuat itu berlaku yang dapat dinilai daripada raut wajah artifak yang menggambarkan mereka dalam suasana terkejut, ketakutan yang amat sangat. Kemusnahan Kota Pompeii dari muka bumi ini sudah tentu bukan terjadi dengan sengaja.

Masyarakat Pompeii di katakan mengamalkan kepercayaan Mithra yang mana meyakini bahawa persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara berselindung, tetapi terbuka. Nauzubillah! Sehingga pada 1594, ketika kerja menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius dijalankan mereka dikejutkan dengan penemuan artifak berupa tembikar dan puluhan tubuh manusia yang sudah membatu dalam keadaan sungguh menggerunkan.

Tinggalan artifak misteri berkenaan akhirnya terjawab apabila masyarakat Pompeii dipercayai menjadikan kota itu sebagai pusat utama aktiviti pelacuran dan seks bebas. Malah, alat kelamin lelaki juga digantung di pintu utama pusat pelacuran terbabit.

Sungguh mengejutkan apabila mendapati banyak sekali artifak manusia yang terawet berada dalam posisi sedang melakukan persetubuhan termasuk liwat. Demikian sebahagian peringatan yang mahu manusia kembali kepada kepada fitrah asal dan tidak terus hanyut menyimpang.

7 comments:

  1. Kehancuran kaum Nabi Lut kerana melakukan perkara sebegini. Negeri soddom telah dihancurkan akibat perbuatan suka kaum sejenis ni...ingatlah. insafilah...

    ReplyDelete
  2. mcm manusia ni kn...cmn la bole minat sesama jnis..nauzubillah

    ReplyDelete
  3. qdine ..
    agar umat manusia sedar akan balasanya


    zuliana ....
    dah nama pun manusia zuliana , entahlah tak tau nak cakap apa dah

    ReplyDelete
  4. macam2 kan zaman skrg ni..menakotkan,huhu

    ReplyDelete