SELAMAT DATANG

Saturday, September 5, 2009

ALKISAH YANG MENYAYAT HATI ...

SEMUA NYA KENANGAN ...........
ALKISAH .....

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks , Mickey Mouse dan macam macam lagi lah
Tak lupa juga cerita Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron , Gaban , Ksatria Baja Hitam

Berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah?...hmm, masa tu mesti pegang cawan warna-warni kan kemudian mencangkung kat tepi parit dgn kengkawan semua ... heheheheh

Ingat tak, misi ( nurse la ) kat sekolah masuk dalam kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang la , dah kene tampal.

Yang ini korang pasti ingat ... program minum susu di skolah. nak galakkan budak-budak masa tuh minum susu. sekotak 30 sen jek tuuu .....

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.Kena pukul tapak tangan... kan ?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.Masa sekolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.

Tapi masa tu internet? email? binatang apa benda tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun waktu tu baru 5 Hengget je.

Kemudian pergi kedai runcit, beli Cikerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'TiKam'.

Bila dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family,ping- pong laa dlm class. lepas tu masa rehat ada budak budak yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.

Lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa , rounders laa...

Permainan kegemaran masa tu , main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 kemudian duduk..... ,

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada macam macam color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu , baling2 kapur laa. , main lawan eraser yang harga 10 sen tuu , main tiup kacang hijau pakai straw laaaa

Hmmmmmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi...... . AIDS wujud sejak diorg lahir. CD pun wujud time diorg lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu.

Kemudian Dia orang percaya yang Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru. Dia orang tak blh bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Dia orang tak penah tau pun cerita jepun petang-petang miss comet , oshin dan yang paling popular meero attack citer tentang bola tampar.. si gadis bernama Chun dan somersault berpusing....piring terbang... bezzz giler,

Kemudian pensil tekan mahal nak beli yg termampu pensil yang matanya bersambung2 setual setual... alah .. yang mata pensil boleh cabut kalu dah tumpul tuuu .. pensil colour lunar cap kapal layar sekotak 80 sen sekotak 12 batang.ishh

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih.... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau tak de remote control. dan diorg tak paham macam mane kite boleh hidup dkt universiti tanpa handphone...

Hmmmmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korang pasti punya tersenyum simpul

2. kebanyakan member2 sekolah menengah kite dah kawin

3. korang sure pelik bile tengok budak-budak kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile tengok budak budak sekolah rendah + menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bila jumpa member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lama, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu , time kecik kecik, nakal- nakal dulu...

7. bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam.. mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata.. yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu lagi.. sayangnya masa begitu pantas berlalu.... Yang penting kenangan tuh xkan aku lupakan sampai bila-bila...

1 comment:

  1. kita memang dah tua..hahaha
    walaupun aku kat nun ujung malaysia a.k.a tawau,sabah..tapi aku rasa n lalui apa yg ko lalui kat kl nie..yg aku pelik,kenapa permainan kita pun sama..?kenapa kartun yg kita tgk sama?makanan sama?lagu2 music sama?walaupun time kekecik x penah pijak kl nie..kenapa bule sama?hahaha pelik tapi benar kan..

    ReplyDelete