SELAMAT DATANG

Thursday, February 24, 2011

BETOI KE TOKEK BOLEH BERNILAI SAMPAI RM 1 JUTA !!!!!


Cicak gergasi ini dikenali sebagai tokek dalam kategori cicak besar yang biasanya berada didalam hutan dan ada juga jenis tokek berada dirumah.
Dulu ramai yang tak tahu tapi sekarang ni dah ramai yang menjadi pemburu tokek .
Ada sesetengah pemburu / peniaga tokek pula, mereka memilih untuk menternak atau memelihara tokek supaya menjadi lebih berat dan lebih mahal untuk dijual.

Sekarang ni kita tengok pulak soal harga tokek … betul ke atau tak itu tak pasti samada harga si tokek ni boleh bernilai berjuta - juta ? Tapi hasil daripada kajian dalam internet jawapannya adalah betul, malah lebih daripada itu jadi apa kata kita tengok kadar harga bawah ni:

Harga tokek pada Mei 2010 :
220gram =RM2,300.00
300gram =RM100,000.00
400gram =RM180,000.00
500gram =RM500,000.00
600gram =RM600,000.00
800gram =RM800,000.00
1000gram =RM1,200,000.00


Macam mana ... terbeliak tak biji mata tengok harga si tokek ni ...
dan terdapat peningkatan harga yang amat tinggi pada Julai 2010

Harga tokek pada JULAI 2010 :
220gram =RM3,000.00-RM5,000.00
240gram=RM5,000.00-RM8,000.00
250gram =RM8,000.00-RM15,000.00
280gram =RM10,000.00 – RM30,000.00
300gram =RM150,000.00-RM200,000.00
350gram =RM200,000.00 ke atas
400gram =RM300,000.00 ke atas
500gram-999gram =RM1,000,000.00-RM5,000,000.00
1000gram- ke atas =RM6,000,000.00- RM50,000,000.00

Dan harga Tokek pada September 2010 pula lagi lah meningkat ....

400 gram – 480 gram = RM 1 Juta – RM 1.5 Juta

500 gram – 650 gram = RM 2 Juta – RM 7 Juta

650 gram – 700 gram = RM 8 Juta – RM 10 Juta

700 gram – 800 gram = RM 11 Juta – RM 15 Juta

800 gram – 900 gram = RM 15 Juta – RM 20 Juta

900 gram – 1000 gram = RM 20 Juta – RM 33 Juta

BERAT MELEBIHI 1 KG – Boleh dirundingkan harga ..



Agaknya la kan kenapa la harga tokek ni mahal? jawapannya Cicak tokek ini dikatakan mempunyai khasiat menyembuhkan jangkitan virus HIV/AIDS.
Khasiat ubat penyembuh aids itu didapati pada lidahnya dengan syarat berat tokek ini mestilah 3 aun ke atas dan masih dalam keaadaan hidup… tapi tokek ini di eksport ke jepun dan China untuk di proses menjadi ubat yang diberi nama Anti Retroviral (ARV)

Ha... apa lagi kengkawan semua ! renung2kan la yeeee apa yang sepatutnya nyeee

Sunday, February 6, 2011

PERMATA HATI KU ..............

Sekarang dah masuk bulan Februari ... pergh lama juga kan GABAN tak update blog , rasa-rasanya hampir 6 bulan ataupun setengah tahun juga laa .....

Bukan nye apa ... terlalu sibuk lah katakan mengalah kan Perdana Menteri hahahahahah , iyelah dalam masa rehat ni nak jaga isteri almaklumlah masa tu isteri tengah pregnant anak sulung pulak tuu dan sekarang GABAN sudah menjadi bapa .... syukur alhamdulillah dikurniakan anak lelaki yang diberi nama " MUHAMMAD IZZ QAYYUM " macam mana ... sedap tak nama tuuu .. hehehehehehe

( hehehehe ... comel tak QAYYUM !!! )

Ucapan terima kaseh juga pada kawan-kawan dan juga makcik dan pakcik QAYYUM yang datang kat umah di klang sambil bawa cenderehati lagi tuuu ..... seronok si QAYYUM dapat stok baju untuk setahun ... tu pun kalau masih muat lagi .



Jadi lepas ni ... boleh la GABAN teruskan berblog setelah bercuti lama ......

Friday, July 16, 2010

DORAEMON ... KARTUN KEGEMARAN KU


Ahh.. pedulikan apa orang kata. Walaupun gaban ni sudah berkahwin dan bakal menjadi ayah akhir tahun ni tapi Doraemon tetap menjadi pujaan hati ku ...
Aura Doraemon ternyata begitu menggamit perasaan peminatnya di seluruh dunia, tidak kiralah sama ada tua mahupun muda. Tapi yang pastinya kanak-kanak lah yang akan memberikan komitmen terhadap kisah yang menarik ini. Walaupun Doraemon ni kebanyakannya fantasi, namun penceritaannya cukup mengasyikkan dan meralitkan gaban.
Dengan ada Lampu Membesar dan Mengecil, Pintu Suka Hati, Kipas Terbang, Kipas Dewa, dan banyak lagi lah barang ajaib yang boleh dikeluarkan dari poket Doraemon .


Mengembara ke dalam lautan, menjamu selera di atasnya di saat matahari tenggelam di samping menyaksikan ikan lumba-lumba berenang di tepian, memperjuangkan nasib bumi yang diancam makhluk asing dan ianya cukup mengasyikkan.
Kalau ikutkan , hasil dari carian yang dibuat berkaitan Doraemon ni , asalnya, cucu Nobita pada abad hadapan telah menghantar robot yang bernama Doraemon untuk membantu datuknya semasa kecil. Doraemon asalnya merupakan robot yang berwarna kuning kuning keemasan dan ada telinga.

Paling menarik Doraemon memiliki adik yang cantik bernama Doralin yang akan muncul untuk membantu abangnya ketika kesusahan. Si Doralin ni lebih tenang berbanding Doraemon yang sedikit kalut dan gelabah.

Malang menimpa Doraemon apabila ketika sedang tidur, seekor tikus telah menggigit telinga Doraemon sehingga habis. Sebaik sahaja Doraemon tersedar dari tidur, beliau terus ke cermin dan terkejut melihat telinganya yang sudah tiada. Akibat rasa terkejut yang amat sangat,dia terminum cecair Minuman Tragedi .
Lepas itu Doraemon menangis selama 3 hari 3 malam sampailah salutan kuning kuning keemasan di badan Doraemon luntur dan dengan itu, badan Doraemon terus bertukar menjadi biru iaitu warna asas pada badan setiap doraemon yang dicipta .


Jadi , sejak hari itulah Doraemon mula berasa sangat takut terhadap mahkluk yang bernama tikus.

Wednesday, June 23, 2010

44 Pantang Larang Bakal Pengantin

( Pergghhh banyak betoi pantang larang zaman dulu-dulu ye )

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

Monday, June 14, 2010

BETUL KE !!!!


Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool gila...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...


kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!


kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...


kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan itu!


kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknyameliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya).. .


kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi.. .


kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...


kalau lelaki handsome tak mahu bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mahu bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...


kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....


kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


Saturday, May 29, 2010

REHATKAN MINDA JAPPPP ...


KISAH DIALOG 2 HANTU


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.
Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

Apsal kau ni asyik menggigil je

Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais .. sejuk!! Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

kesian aku dulu mati sebab heart attack. Kata Hantu A ramah.

Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak pi buat operation? Kalau tak, pasti kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang. Balas Hantu B.

Dah,aku dah buat dah !In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya

jawab Hantu A sayu

Ceritalah sikit..Sambil- sambil lepak nih..

Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So pada satu hari , aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi sebenarnya aku park kereta aku kat simpang hujung rumah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang

So, ko dapatlah tangkap diorang?tanya Hantu B penuh minat.

Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki dekat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack.

And aku tak sangka aku mati la pulak . kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi