SELAMAT DATANG

Friday, July 16, 2010

DORAEMON ... KARTUN KEGEMARAN KU


Ahh.. pedulikan apa orang kata. Walaupun gaban ni sudah berkahwin dan bakal menjadi ayah akhir tahun ni tapi Doraemon tetap menjadi pujaan hati ku ...
Aura Doraemon ternyata begitu menggamit perasaan peminatnya di seluruh dunia, tidak kiralah sama ada tua mahupun muda. Tapi yang pastinya kanak-kanak lah yang akan memberikan komitmen terhadap kisah yang menarik ini. Walaupun Doraemon ni kebanyakannya fantasi, namun penceritaannya cukup mengasyikkan dan meralitkan gaban.
Dengan ada Lampu Membesar dan Mengecil, Pintu Suka Hati, Kipas Terbang, Kipas Dewa, dan banyak lagi lah barang ajaib yang boleh dikeluarkan dari poket Doraemon .


Mengembara ke dalam lautan, menjamu selera di atasnya di saat matahari tenggelam di samping menyaksikan ikan lumba-lumba berenang di tepian, memperjuangkan nasib bumi yang diancam makhluk asing dan ianya cukup mengasyikkan.
Kalau ikutkan , hasil dari carian yang dibuat berkaitan Doraemon ni , asalnya, cucu Nobita pada abad hadapan telah menghantar robot yang bernama Doraemon untuk membantu datuknya semasa kecil. Doraemon asalnya merupakan robot yang berwarna kuning kuning keemasan dan ada telinga.

Paling menarik Doraemon memiliki adik yang cantik bernama Doralin yang akan muncul untuk membantu abangnya ketika kesusahan. Si Doralin ni lebih tenang berbanding Doraemon yang sedikit kalut dan gelabah.

Malang menimpa Doraemon apabila ketika sedang tidur, seekor tikus telah menggigit telinga Doraemon sehingga habis. Sebaik sahaja Doraemon tersedar dari tidur, beliau terus ke cermin dan terkejut melihat telinganya yang sudah tiada. Akibat rasa terkejut yang amat sangat,dia terminum cecair Minuman Tragedi .
Lepas itu Doraemon menangis selama 3 hari 3 malam sampailah salutan kuning kuning keemasan di badan Doraemon luntur dan dengan itu, badan Doraemon terus bertukar menjadi biru iaitu warna asas pada badan setiap doraemon yang dicipta .


Jadi , sejak hari itulah Doraemon mula berasa sangat takut terhadap mahkluk yang bernama tikus.