SELAMAT DATANG

Friday, March 26, 2010

TAHI ....

Hasil kajian di internet mengatakan bahawa tahi lalat ataupun nevus melanositik ialah lebihan daging pada kulit badan. Tahi lalat boleh tumbuh pada semua bahagian badan termasuklah pada bahagian kemaluan.

Pasti semua manusia mempunyai tahi lalat dan menurut pengkaji-pengkaji zaman dahulu , tahi lalat boleh dijadikan alat untuk mengenali personaliti seseorang
Jadi setiap tahi lalat yang berada dibadan kita mempunyai maksud tersendiri kepada personaliti anda

Haaaa apa lagi jom kita pakat ramai-ramai belajar atau mengetahui rahsia tahi lalat.
Sejauh mana kebenarannya?
Anda tentukan sendiri.

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka
Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Rahsia Tahi Lalat Pada Leher di tengah - Tercapai cita-cita
Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kiri - Malas dan suka duduk
Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kanan - Suka berhibur, boros

Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kanan - Cerdas dan cekap
Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kiri - Suka berpoya-poya
Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia
Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
Rahsia Tahi Lalat Pada atang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Rahsia Tahi Lalat Pada Pada hidung - Banyak rezeki
Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kanan- Jujur dan baik hati
Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
Rahsia Tahi Lalat Pada Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
Rahsia Tahi Lalat Pada Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua
Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kiri - Baik budi
Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kiri - Ramai yang suka
Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat
Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kanan - Suka menolong
Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
Rahsia Tahi Lalat Pada Pipi kanan - Ramai teman
Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kanan- Ramai yang suka
Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kiri - Ramai teman
Rahsia Tahi Lalat Pada Ubun-ubun - Kurang jujur
Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup

Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup

Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kanan - Dapat mengatasi masalah

Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kiri - Berani, jujur dan sabar

Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh

Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya

Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan

Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kiri - Serba baik bekerja

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat

Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf

Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya

Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri

Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan

Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta

Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya

Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka

Kelopak mata kanan bawah - Agak malas

Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana

Monday, March 22, 2010

BLOG YANG MENGIURKAN ( 8SX )


TOLONG !!!! … nak tergelak pun ada , nak terkentut pun ada … apa ajelah diorang nie yang melayari laman sesawang gaban ni….

Korang tengok lah sendiri hasil carian kat laman blog gaban kat atas tu … lihat pada kata kunci memang cukup parah, syahdu dan mengiurkan, ingat apa , blog gaban ni blog cerita lucah ke !
Tu lah kat sini je boleh kita tengok yang zaman sekarang ni... laman sesawang digunakan sebagai bahan pemuas nafsu si teruna dan si dara …

Agaknya lah kan … siapa yang cari kata kunci tu nye … si teruna atau si dara .. ermmmm teruna ke?? oooppsss... sendiri fikirlah nya

Hahahahahahahaha

Friday, March 12, 2010

PALING BAGUS DARI LADANG

KOPI TERMAHAL DI DUNIA




Capuccino , mocha , kopi kapal layar , kopi janda ...
ermm kopi ni semua diproses terus dari biji kopi .

Tapi berlainan betul dengan kopi ni , kopi paling mahal yang dikenali KOPI LUWAK ( CIVET COFFEE ) Apa ! kopi Luwak ! semacam je bunyi namanya .. Harganya mencecah RM332.00 per 450 gram.

Kopi Luwak ialah kopi paling mahal di dunia sebabnya ia ada tambahan proses dalam mendapat biji kopi yang hebat .. ianya diproses dan diadun secukup rasa, bukan dalam periuk belanga, tapi dalam perut haiwan .. hahahah mcm mana ! terkejutkan , jadi Sebab tu la yang membuatkan ianya mahal..


Haa.. inilah binatang yang cukup spesial yang dinamakan CIVET . Binatang ini la yg membuat kopi ni sedap lagi istimewa . Binatang ini jugalah yg telah menaiktaraf status kopi ni menjadi kopi yang paling mahal didunia.
Para petani di Jawa Timur memetik biji kopi sebagai makanan Civet. Biji - biji kopi yang bermutu dan terpilih sahaja yang akan dijadikan makanan Civet agar dapat menghasilkan kopi yang berkualiti tinggi.


Selepas kopi tadi dipilih , Civet akan diberi makan biji kopi . Semasa proses penghadaman, enzim Civet akan bercampur dengan biji kopi ni. Jadi bila najis keluar, ia akan menghasilkan biji kopi yang unik dan hebat.

inilah hasil penghadaman yang dibuat oleh si Civet yang dinamakan najis

ini pulak najis Civet yang telah dipungut untuk diproses








Sekarang ni pulak proses pembersihan dan pemilihan biji kopi Civet yg terbaik untuk dikisar menjadi serbuk kopi.




Sekarang .. terhasilah ... Kopi Termahal di Dunia!!!!!


Ini merupakan Kopi Luwak keluaran Thailand berjenama 'Doi Chaang'.




Ini pulak Kopi Luwak keluaran Filipina berjenama 'Alamid'.


Thursday, March 11, 2010

Mandi Bogel. Bolehke?


Boleh tahan juga lah isu ini bukannya apa , setiap orang masuk bilik air masing-masing setiap hari dan perkara wajib lepas bangun setiap pagi je, pertama yg kena buat ialah pakai towel dan masuk bilik air....

Haaaa ... perkara dalam bilik air la yang nak di bincangkan ..heheheheheheh

“bolehke aku mandi bogel sedangkan aku sorang je dalam bilik air”

Pernah masa sekolah dulu ... almaklumlah sekolah asrama yang dipenuhi oleh lelaki tapi sekarang ni sekolah tu dah campur lelaki dan juga perempuan .

Ayatnya begini “ ustaz , bolehke mandi bogel ” . Ustaz pun jawab " tak berdosa tapi makruh... sebabnya hobi setan berbogel jadi takut disamakan dengan si setan pulak.. pastu bahaya, kalau ada kawan yang tolak pintu, kan ke naya...tak tau nak tutup yang mana... last2 tutup muka yg lain terdedah... ( kat asrama masa tu pintu ada tapi kunci semua dah tertanggal jadi nak bagi rapat pintu bilik air Cuma sendal dengan baldi yang penuh air je )

Selain tu , hasil daripada kajian gaban dengan pakcik google ini lah kata-kata kenapa seseorang yang bernama manusia suka mandi bogel

Pendapat 1
" suka mandi macam tu , sebab senang nak sabun .. sambil mandi sambil nyanyi
sambil main buih sabun"
Pendapat 2
"suka mandi bogel.. senang nak cuci semua... lagipun boleh rasa air tu mengalir kat semua bahagian badan... "

Pendapat 3
" mandi bogel ni senang..senang nak cuci kat celah2 badan..tak de la 'kotoran' yang melekat kat badan tu..kalau berkemban ni susah sikit..nak kena selak2 pulak kain tu..susah... "

Pendapat 4
"senang nak gosok part2 yang celah2 tu..... lagi pun bersih.... kalu pakai kain basahan susah cikit nak gosok gosok.... mandi bogel kan enjoy...
Boleh tengok bentuk badan sendiri di depan cermin......"

Apa kata kita lihat petikan dari Harian Metro pula ;-

KUALA LUMPUR: Seorang adik sanggup merakam gambar bogel kakaknya yang sedang mandi secara sembunyi sebelum dimuat turun dalam komputer tanpa diketahui niat sebenar perbuatan itu, Sabtu lalu.

Sebelum itu, adik lelaki mangsa berusia 22 tahun dan tidak bekerja dikatakan meminjam komputer riba kakaknya, kira-kira jam 8 malam.
Mangsa berusia 26 tahun dan kakitangan kerajaan itu dikatakan tinggal bersama adiknya di Sentul.

Sumber polis berkata, mangsa hanya menyedari aksi bogelnya ketika mandi dirakam selepas mengambil semula komputer riba yang dipinjam adiknya itu.

Dan
Rasulullah s.a.w melarang kita mendedahkan aurat biarpun ketika bersendirian sebagaimana sabda Baginda s.a.w bermaksud :
“Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang yang tidak berpisah denganmu, kecuali ketika membuang air (besar dan kecil) dan ketika seseorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.”

Larangan Rasulullah s.a.w ini membawa kepada hukum makruh mandi dalam keadaan berbogel.


FIKIR-FIKIRKAN APA YANG TERBAIK UNTUK ANDA ..........

Friday, March 5, 2010

(18 SX) SEKS BEBAS

18-SX, serius, entry ini betul-betul lucah. Tidak di galakkan membaca kepada mereka yang cepat terangsang!!

Seks! Satu dari nikmat hidup…, banyak manusia jadi gila kerananya, ada yang bergaduh, berbunuhan, malahan berperang kerana seks!!!

Dan tak kurang juga yang di campakkan ke dalam neraka kerananya..

Hari ni jika rajin belek dan tengok akhbar dan berita, begitu banyak sekali kes seks bebas , sumbang mahram, gangguan seks, seks oral, liwat, bersekedudukkan, buang anak, rogol-bunuh-bakar!!


Bermula daripada yang suka sama suka hinggalah kepada yang suka suka, yang mula mula tak suka sehingga jadi sukarela, yang agak suka sehingga yang suka setia, apa dah jadi?

Dalam dunia serba maju lagi moden dan canggih ni, aneka cerita tentang kes yang macam ni. Walaupun kadangkala kita sebagai umat Islam cuba untuk menghindarinya tapi nafsu syaitan lebih bermaharajalela dalam sanubari individu maka kejadian seperti seks bebas seperti ini pasti akan berlaku .


Seks bebas sekarang telah menular ke seluruh cerok kampung, ke gugusan felda, ke celah celah bangunan sekolah, ke IPT, ke balai polis, ke kem tentera…

Orang lelaki yang jauh dari Allah akan hilang kewarasan bila :“air mani dah penuh testis hingga naik ke kepala dan meleleh kat telinga”, Lalu bila ada peluang, akan mencari mana-mana lubang yang sempat dan mudah untuk keluarkan …


So, nasihat kepada kaum wanita, jangan bagi peluang walau sedikitpun untuk orang lelaki yang air sudah naik kepala untuk keluarkan air ‘setan’nya .

Tengok je la anak-anak muda sekarang ni mudah sangat dapat ‘pendidikkan seks’, dalam bentuk CD/DVD dan lebih haru lagi sekarang ni simpan dalam handphone, untuk stok lepas gian lepas tu siap buat filem sendiri guna kamera handphone akhirnya terjadilah "SEKS BEBAS "

Jadi kepada kaum wanita ... lindungilah kehormatan anda! jangan mudah nak 'menyerah'kan mahkota kepada orang yang baru 2 - 3 bulan kenal.. esok2 nanti dia bagi la bermacam alasan.. tak cukup duit nak kawin, muda lagi, tak bersedialah ..

Diharap agar kaum wanita.. JANGAN MUDAH PERCAYA DAN TERTIPU dgn kata si kumbang jantan.. silap haribulan habis madu sepah ditaburkan.. nanti kumbang lain pun tak hingin!

Jadi kepada pasangan mahupun individu yg telah pun melakukan SEKS BEBAS , pulanglah ke pangkal jalan satu hari nanti.. jangan lah sampai keturunan kita jadi caca marba....