SELAMAT DATANG

Tuesday, February 9, 2010

Adab Buang Air Kecil

Cara buang air kecil ni kekadang menjadi isu sensitif bagi sesetengah orang dan tidak dibicarakan secara terbuka. Tapi disebabkan ketidakterbukaan minda ketika membincangkan soal itu membuatkan ramai melakukan kesalahan hasil dari sikap " pandang sebelah mata" je

Adab membuang air kecil adalah seperti ;
i. Mendahulukan kaki kiri ketika masuk tandas dan keluar dengan mendahulukan kaki kanan.
ii. Tidak menghadap kiblat.
iii. Bukan di dalam lubang yang dihuni oleh haiwan.
iv. Berada di tempat tertutup.
v. Berdehem bagi melawaskan air kencing.
vi. Dilarang membawa masuk ayat suci al-Quran ke dalam tandas.
vii. Dilarang membuang air kecil di bawah pokok yang berbuah dan tempat berteduh.
viii. Dilarang membuang air kecil di tempat air yang bertakung.

" Sayyidina Abu Bakar pernah hendakmenyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut.
Sayyidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapatberkata-kata, Katanya " Apakah salah ku ke ana aku telah diutus olehAllah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. " Diselidiki amalan sipolan itu semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yangmengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuangair kecil. "


5 comments:

  1. thanks for the info...point 7 and 8 tu new for me...

    eekeke

    kurang adab la nie kan..ekeke

    ReplyDelete
  2. kalau bawa handphone yang dalamnya ada bacaan al-quran camne ek??

    ReplyDelete
  3. Queen..
    Sama-sama moga kita menjadi manusia yang beradab

    ReplyDelete
  4. asilahmuhajer ..
    tu tak pasti la ... tapi kalau boleh ianya dielakkan lagi baguskan

    ReplyDelete